Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah.

Assalamualaikum wbt gais. 

Sekarang pukul 4.00am, 23nov2015. Dari tadi tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin banyak fikir nak masuk semester baru. Hahahaha. Entah apa-apa alasan. Btw, korang doakan aku okay? Mudah-mudahan urusan kita Allah permudahkan hendakNya.


Malam ni tiba-tiba macam nak confess something. Sebenarnya banyak benda aku pendam. Setail aku memang jarang nak share dengan orang selagi boleh simpan sorang-sorang. Orang lain pun ada problem sendiri, takkan aku nak sibuk share problem aku dengan orang kan. Sendiri lah pandai handle. Dah besar kot :D 


Fikir punya fikir, aku nak create satu notes untuk di kongsi dengan korang semua. 

Layannnnn. Zasssss!







Mesti nak tahu apa itu redha, dan apa itu pasrah kan? Eh eh, tak sama okay. Totally lain!


Apakah yang dimaksudkan dengan redha? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 



Tahukah kita? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya. 


Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya : 


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


Takat ni faham kan untuk maksud redha? Continue.


Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 




Jadi, inilah bezanya antara maksud redha dan pasrah yang mana masih ramai orang yang confius dan taktahu. Benda ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah sudah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme.


 
 




Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita. Mengapakah begitu ? Hal ini demikian kerana setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita. 


Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. 


Wahai hati-hati, tabahlah. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Ada rancangan yang lebih baik  sudah di sediakan. Just wait and see. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup. InsyaAllah. 

Isu Palestine hanya bermusim?


Assalamualaikum warahmatullah.

*Lambai-lambai tangan sambil tersenyum tayang gigi* Itu tanda muka nak coverline. Yelah, dah bertahun ke berbulan tah tak update langsung blog. Bajet femes aa kau ni Nadia? Heh. Kesah pulak. Memana yang rajin follow Nadia, mesti ada yang rinduuu ni. Kann kann. Jangan tipu k. Ni bulan puasa (^_^)V Eh, sebelum tu nak cakap, Salam Ramadhan Kareem geng! Moga Allah permudahkan urusan ibadah kita bersama sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, inshaAllah. 

Back to topic, Sekarang ni satu dunia sedih, berduka, risau, atas isu Palestine di serang Israel. Kan. Ke ada yang tak ambil port? Kau jangan, saudara Islam kita dekat sana sedang bermatian, kau buat bodoh pula. Mentang-mentang Malaysia masih aman. Kata kauuuuuuu. Tolong concern sedikit boleh? Tak suruh pun pergi sana, tunjuk hero bawa senapang ke apa ke, cukup kita semua titipkan doa buat mereka di Palestine. Hm. Isu Palestine ini bukanlah takat untuk di gembar-gemburkan sekarang. Kita bersungguh-sungguh update itu ini, tetapi sampai bila-bila kita perlu ambil tahu. 


Mengapa? Mengapa isu Palestin hanya bermusim? 


Ia hanya jadi bualan apabila digembar-gemburkan? Ia hanya dipedulikan apabila serangan musuh semakin mengganas? Mengapa jadi begitu? Bukankah mereka saudara kita? Mereka juga muslim seperti kita? Mereka manusia seperti kita, bukan robot yang hanya berlakon. Hidup mereka, tidak pernah sunyi dari dentuman bom api, rintihan ibu kehilangan anak, tangisan anak kematian keluarga. Tiada sesaat untuk bahagia, tiada masa untuk ketawa. Kesedihan menjadi teman. Kesusahan itulah kehidupan mereka. Mereka tidak kenal erti senang, mereka tidak tahu apa itu keseronokan. Mereka tidak mampu tersenyum gembira, tiada yang membahagiakan jiwa mereka. Mereka lapar, tidak tahu nikmat kenyang, mereka penat, tidak memahami erti nyenyak. 


Bagaimana pula kita? Jauhnya jurang perbezaan antara kita dengan mereka. Temanku, kita hidup penuh kesenangan. Kita mampu ketawa dan berseronok. Kita dapat tidur dengan nyenyak. Kita berpeluang menatap wajah ibu, kita ada masa berdamping dengan ayah, kita bahagia bersama keluarga. Apa yang kita hajati, pastinya kita akan miliki. Jika kita sakit, ada ubat, penawar kesakitan. Jika perut kita lapar, ada makanan yang dapat mengisi, malah kadang-kadang kita terlalu kenyang hingga membuatkan kita begitu lena dalam tidur kita. Bahagianya kita, senangnya hidup kita. Apa yang kurang, boleh ditambah. Ada yang rosak, boleh dibaiki. Pernahkah kita terfikir, bagaimana mereka saat kita menjamah makanan? Bagaimana mereka tika kita seronok bergelak ketawa? 

Bagaimana mereka hidup, kita senang tak berkesudahan? Adakah bersama mereka teman pembakar semangat? Adakah saudara pengubat kesedihan? Adakah minuman untuk hilangkan kehausan? Adakah makanan mereka hilangkan rasa lapar? Adakah ibu bersama anaknya? Adakah anak bersama keluarganya? Apakah mereka ada penawar kesakitan dan keperitan? Bagaimana hidup mereka sehari-hari? Mungkin kita terfikir apabila ada yang bertanya.. Mungkin kita peduli apabila mereka menjadi isu.. Mungkin kita bertanya apabila mereka jadi bualan.. Wahai teman, marilah sama-sama kita tanyakan pada hati kita, di mana rasa sedih kita tika anak Palestin merintih sayu? 

Di mana perikemanusiaan kita saat kita menonton kisah kehidupan mereka? Mengapa hati kita senyap tanpa perasaan? Mengapa tiada bicara walau hanya kalimah simpati? Mengapa kita pejamkan mata hati kita? Mengapa kita masih berdalih saat mereka perlukan bantuan? Apakah yang menjadi halangan untuk kita turut sedih saat mereka sedih? ..untuk kita rasa sengsara tika mereka kesusahan? ..untuk kita menangis saat mereka menangis? Pasti ada sesuatu terpaku di hati yang menyebabkan kita jadi begini... yang menyebabkan hati kita hilang rasa... mata kita kering dari tangisan... hati kita sunyi tanpa bicara, hanya berdalih semata-mata.. Mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia kita, hingga kita lupa dunia mereka. Mungkin lakonan dan aksi artis merupakan sesuatu yang besar di mata kita, hinggakan rakaman hidup mereka kita pandang sebagai lakonan dan aksi semata-mata. Mungkin hidup kita sunyi dari dentuman bom, rintihan dan tangisan, membuatkan kita tiada apa-apa rasa untuk dikongsi bersama.. Tiada rasa sedih untuk kita turut menangis.. Tiada rasa simpati untuk kita turut membantu.. Tiada rasa tanggungjawab untuk kita munyumbang sesuatu.. Wahai insan, mengapa kita hanya tunduk membisu? Mengapa kita kelu tanpa bicara? Di mana usaha kita untuk turut membantu mereka yang memerlukan bantuan kita? Mengapa kita hanya mendiamkan diri? Peluang beramal di depan mata untuk siapkan bekalan hari kemudian. Andai hati kita tiada rasa, kejutlah ia untuk turut rasa.. 

Andai diri kita hanya kaku, pujuklah ia untuk berbuat sesuatu.. Kita tidak mampu mengangkat senjata, tidak juga membuat bom api, angkatlah tanganmu yang lemah itu, pintalah sesuatu dari Yang Maha Kuat, iaitu kekuatan dan bantuan dariNya.. Genggamlah penamu untuk kau menyeru agar manusia memahami, membantu dan menyebarkan sesuatu.. Jadilah hamba yang pemurah dengan mengorbankan sedikit dari wang poketmu.. Moga semua itu menjadi saham di esok hari.. Hari yang pasti kita temui, hari pembalasan amal kita di dunia ini. Sanggupkah kita pulang tanpa bekalan? Mampukah kita menjawab segala persoalan, andai anak palestin bangkit mempersoalkan hak mereka sebagai muslim? Kita juga muslim, apa usaha kita untuk membantu mereka, saudara-saudara kita? Sumbanglah sesuatu agar kita tidak pulang dengan alasan tetapi berupa bekalan, ikhtiar kita membantu mereka. -Kiriman daripada Nurul Izzah.






P/S- DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN. LUPA KAH KITA?

Berubah itu sakit kerana syurga kan manis.

Assalamualaikum warahmatullah. *lelambai tangan macam gaya artis* Segala pujian hanya bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Penghulu Para Rasul, Sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang kepada Nadia untuk terus berkongsi di ruangan ini. Lama sudah tak meng'update' blog ni. Perasan tak? K tahulah orang ni bukan femes blogger pun :p Hahaha Maaf kepada sahabat-sahabat yang menunggu sharing baru. Ececehhh. Setia menunggu tuuu. Jangan marah haa (^_^.)V 



Baiklah, kali ni macam mengetengahkan satu isu yang membelenggu umat Islam khususnya REMAJA iaitu berubah.
Berubah (B.M), Change (B.I), Taghyir(B.A), tiga perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama.. Dalam konteks dunia hari ini, ia lebih popular dengan istilah HIJRAH. Apa pula maksud Hijrah. Nah, Ulama' pecahkan kepada tiga pengertian.




Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:


1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:

"Orang orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)


2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang orang musyrik atau orang orang kafir yang menfitnahkan orang orang Islam atau mempersendakan agama Islam.

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah di ingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)


3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang orang kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang orang muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat sahabat ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.


Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah meninggalkan larangan-Nya kepada melaksanakan perintah-Nya. Dan Hijrah inilah yang ingin ana ketengahkan. Ramai orang yang berhijrah selepas bermuhasabah diri terhadap dosa-dosa lalu tetapi ramai juga yang berpatah balik setelah berhijrah.  Antara alasan yang popular,'aku tak layak untuk jadi baik','aku tak mampu untuk berubah' dan lain-lain.. Allah, lemah sungguh pendirian. Tak kurang juga yang berhijrah  dan lepas tu disindir dan diperli oleh orang di sekelilingnya lalu berpatah balik. Ruginya! Hanya disebabkan beberapa patah perkataan, kita sudah jatuh tersungkur. Nadia bukannya nak merendahkan sesiapa, tapi itulah realitinya. Puncanya adalah hijrah itu bukan hijrah kerana Allah tetapi hijrah kerana manusia. Hijrah kerana inginkan pujian dan perhatian. 


Sabda Nabi SAW :"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."(Bukhari dan Muslim)



Hjrahnya adalah hijrah tanpa bekalan ilmu. Lalu Allah uji dengan sedikit ujian terus goyah dan kecundang. Tak salah berhijrah tapi isilah diri dengan pengisian yang berguna supaya dalamannya kental dan luarannya  hebat. Kalau tiada pengisian, hati menjadi kosong dan senang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Akibatnya hati dan diri di jangkiti penyakit FUTUR @ PUTUS ASA. Rata-rata orang yang berhijrah hanya berhijrah Amali (perbuatan) sahaja tetapi pemikiran dan ilmunya masih di takok yang lama. Sebagai contoh, Nur berhijrah dan terus mengenakan tudung labuh dan jubah labuh tetapi kurang ilmu tentang syariat. Berpakaian hanya mengikut orang lain. Apabila disindir dan dipandang serong, hatinya menjadi resah dan tidak tahan atas semua itu lalu terus meninggalkan tudung dan jubah labuhnya. Inilah puncanya. Tiada ilmu sebagai perisai imaan, perisai diri. Hanya menjadi pak turut dalam bersyariat.





"Bajet soleh/solehah boleh kau","sejak bila kau jadi imam muda/ustazah pilihan ni","macam lah kau tu baik sangat" Itu hanyalah sebahagian daripada sindiran-sindiran yang bakal dihadapi oleh orang yang berhijrah. Oleh itu, persiapkanlah diri dengan ilmu dan pengisian supaya tak termakan dek kata-kata sindiran. Sungguh jalan yang dipilih ini bukanlah jalan untuk bersenang-lenang. Sesiapa yang memilih jalan ini bersiap sedialah untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang tidak mampu dijangka dan di bayangkan. Kadang-kala tribulasi itu datang dari keluarga sendiri. Keluarga tidak menerima penghijrahan pada diri. Sahabat menghina dan menyindir. Masyarakat memandang serong. Pelbagai ujian yang Allah aturkan. Jika kita kuat menghadapinya, pasti kita akan terus istiqamah. Jika lemah, pasti Futur. Amat rugilah bagi yang telah menemui jalan yang betul tapi berpatah balik dek kerana ujian daripada Allah. Bukankah kalau Allah sayang kepada hamba-Nya, Allah akan uji hamba yang di sayangi tu? La Takhaf wa La Tahzan, Innallaha ma'ana.


 

Yang paling penting, pastikan hubungan dengan Allah tidak terputus kerana untuk berubah dan berhijrah memerlukan kekuatan. Jadi, pastikan hubungan itu kuat dan mintalah kepada yang Maha Kuat. Jaga 'talian' yang menghubungkan kita dengan Dia iaitu solat. Merintihlah di malam hari, mintalah di dalam tahajjud. Pasti Dia perkenankan :')


Teruskan berjalan wahai hati-hati yang di sapa hidayahNya. Jangan pernah menyesal kerana memilih jalan Hijrah ini. Allah sentiasa dengan hamba-hambaNya yang benar. Teruskan berubah dan berhijrah. Bermujahadahlah walaupun sukar. Sungguh mujahadah itu pahit kerana Syurga itu sangatlah manis. Allah sentiasa bersamamu. Kadang kadang langkah ini tersungkur. Sakit atau tidak, itu belakang cerita. Bangkit balik dan jalan semula. Takut apa, Allah ada.




Luruskan NIAT dalam ber-blogging.

 Pon pon pon pon pon. Assalamualaikum. Moga moga dalam pelukan Allah sekarang. Nadia singgah kejap je ni, kejap lagi nak ke kedai beli coki coki. Ye ye kejap je ni. Dah terlampau rindu sangat dengan belog. Tu nampak rushing. Masuk je mesti perasan kan nadia tinggalkan bebelan dulu, baru boleh bla. Pun boleh lah. Setahun sekali (^_^)V
 Nak share siket benda ni, lebih lebih lagi kaki blogger macam nadia ni. Banyak benda kena check dulu sebelum update kat sini. Ye niat tu. Susah nak lurus kekadang. Ada je lencong masuk ke gaung. Jangan macam tu tau, bahaya. Penyakit hati ni memang jahat sangat kalau kita sendiri tak sedarkan diri kita balik. Ni nadia nak cerita ni. Cuba baca.------>
Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik juga, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.
Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.
"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."
***
SISI PUTIH: Hey you!
SISI HITAM: What?
SISI PUTIH: What are you doing?
SISI HITAM: What? Who are you?
SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.
SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.

(Putih + hitam = kelabu = neutral )

SISI KELABU: My name is Ali.
SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.
SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.
SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?
SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.
SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.
SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?
SISI KELABU ALI: What the.. huh?
SISI HITAM: Kau nak buat apa?
SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!
***
Kenapa Perlu Dengki?
Wahai Ali...
Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.
SISI KELABU ALI: Dah.. sudah! *menangis*
Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.
Kenapa awak perlu dengki?
Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan..
SISI KELABU ALI: Melainkan apa?
Melainkan awak menulis bukan kerana Allah SWT
***
Untuk apakah penulisanmu?
Wahai Ali...
Untuk apakah penulisanmu?
Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?
What's wrong with you?
Untuk apakah penulisanmu?
Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?
Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.
Wahai Ali...
Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.
Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.
SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*
***
Menulislah Hanya Kerana Dia.
Wahai Ali...
Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?
Awak menulis untuk apa?
Untuk dapat follower ramai?
Untuk dapat komen terbanyak?
Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?
Pernah awak tanya diri awak semua itu?
Lagi, awak menulis untuk siapa?
Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?
Jika betul kerana Allah SWT, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?
Apabila Allah SWT tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?
Wahai Ali...
Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah SWT. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.
Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah SWT, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.
Jika benar awak menulis kerana Allah SWT awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah SWT dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah SWT.
Jika benar awak menulis kerana Allah SWT, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.
Jika benar awak menulis kerana Allah SWT, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.
Jika benar awak menulis kerana Allah SWT, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.
***
Ketuk Hati Tanya Iman.
Wahai Ali...
Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan di tanya, untuk apakah tangan awak itu?
Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah SWT atau pun niat kerana perkara yang lain?
Suatu saat nanti, awak akan di tanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?
Wahai Ali...
Awak cukup bertuah. Punya peluang berda'wah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.
Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa di pesongkan niat asal awak?
***
Wahai Ali...
Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.
Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.
Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.
Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah SWT agar apa yang di tulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.
Wahai Ali...
Carilah Akhirat dalam dunia.
***
"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"
SISI KELABU ALI : *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*
SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?
SISI KELABU ALI: *diam*
SISI PUTIH: Ali? Baby?
SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!
SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.
SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.
SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*
SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.
SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.
SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.
SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.
SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*
SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.
SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak juga!
SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*
SISI PUTIH: Good kid.
***
Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.
Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaanNya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.
Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti diri mu bahagia.