berdiam lebih baik

Assalamualaikum ..

Berdiam adalah lebih baik jika tak tahu berkata baik tentang orang .
Berdiam adalah lebih baik dari cakap banyak tetapi menyakitkan hati orang .
Adakalanya hati seseorang itu sakit jika ada orang bercakap yang tidak betul tentang dirinya , tetapi mengambil keputusan utk berdiam kerana ada 1001 hikmah jika berdiam dan tidak layankan orang yang bercakap itu . Dan mereka akan dapati ia , orang yang bercakap akan berhenti bercakap. Dan orang orang ini hanya akan mempamerkan kelemahan diri sendiri . Lambat laun , makan diri .
Kita di kurniakan lidah oleh Pencipta kita bukan untuk di gunakan sewenang-wenangnya dan mengeluarkan kata-kata yang sia-sia . Berhati-hati lah menggunakan lidah yang di beri. Setiap perkataan di hitung.

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH , BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK , KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN ,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK
SALAH. YANG SALAH ADALAH APABILA MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN .

“ Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam .

Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita

tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik .

Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia ”

Antara kelebihan berdiam diri :
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
Hadith Rasulullah : ” Barangsiapa yang banyak perkataannya , maka banyak lah silapnya . Barangsiapa yang banyak silapnya , maka banyak lah dosanya , dan barangsiapa yang banyak dosanya , nescaya neraka adalah utama baginya ."