Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis. .
Cik Anggun : Cantiknya kau cantik, kau bercantik cantik pakai baju cantik ni nak pi mana. . ?
Cik Cantik : Oo. . aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.
Cik Anggun : Cantiklah shawl kau tu , macamana kau lilit. . ?
Cik Cantik : Oo. . aku lilit tengok kat dalam video youtube lah yang selalu Hana Tajima tu buat. Cantik. Ada juga aku belajar daripada blog sikit sikit. .
Cik Anggun : Oo. . cantik. Aku pun suka tengok. tapi ada terkurang lah. .
Cik Cantik : Apa yang kurang Gun ? Ok what. . yang penting aku pakai tudung apa. . tak salah lilit lilit kan. . ? Islam pun tak halang muslimah nya pakai yang di sukai.
Cik Anggun : Tudung kau cantik, tapi tak salah kan kalau kau labuhkan ke dada sikit.
Cik Cantik : Aku nak buat macam mana. . tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit sekali dua je. hujungnya tak sampai ke dada. Aku nak buat maca mana dah.
Cik Anggun : Lain kali kau beli Pashmina yang besar sikit lah Tek, lagi labuh lagi selesa kau nak lilit.
Cik Cantik : Tapi aku pakai baju longgar, tak nampak pun. .
Cik Anggun : Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yang intai-intai kau. Mata lelaki ini ' tajam '. bukankah lebih selesa kau bergerak selincah mana pun tapi dengan tudung yang menutup dada kau dengan sempurna dan kau boleh bergerak bebas tanpa risau ?
Cik Cantik : Kau ini jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki itu jahat.
Cik Anggun : Memang bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu mereka cuma satu.
Cik Cantik : Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ini. Aku cuma ikut fesyen je.
Cik Anggun : Tek, Islam tak suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberikan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, benda tu sebenarnya tak susah.
Cik Cantik : Kau senanglah cakap Gun, kau alim, kau dah biasa pakai tudung labuh. Kau cakap memang senang lah. .
Cik Anggun : Tek. . mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum Allah itu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna, ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa. Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini ? Kau boleh Tek, tapi kau kena usaha mulakan dari sekarang.
Cik Cantik : Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow slow. . kau jangan lah cakap macam ni. terasa aku tau. hilang mood aku dah ni. .
Cik Anggun : Tek, aku pun dulu seperti mu, pernah merasa berbaju ketat, bertudung singkat, tapi selagi kita tak mula Tek, maca mana kita nak mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama lama kita akan menjadi tepu dan sebati. Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.
Cik Cantik : Hidayah itu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang senang membuat kesimpulan.
Cik Anggun : Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.'' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri '' Kita mula dulu Tek, baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu. .
Cik Cantik : Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku still jaga solat aku. pemakaian tak menggambarkan segala galanya
Cik Anggun : memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh di tutup dengan hanya solat. aurat juga tidak boleh di tutup dengan akhlak yang baik. Tuntutan aurat yang di nuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi. Allah sayang Muslimah tek, sebab itu Dia perintahkan kita menutup aurat, untuk menjaga diri kita juga. Firman Allah bukan suka suka. . ada sebab kenapa dan mengapa tek. .
Cik Cantik : Ye Lah. . aku faham. tapi kau patut bersyukur kawan kau ini at least bertudung.
Cik Anggun : Bagus bagus. . itu aku suka sangat. at least kau dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang alang dah mula biar sampai complete kan. . ? Kau try mula lah dari melabuhkan tudung menutupi dada :)
Cik Cantik : InsyaAllah, aku akan cuba nanti. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sebab kau sayang. Kalau kau bukan sahabat sejati kau mesti tak rasa bersalah aku pakai macam ni. Thanks anggun !
Cik Anggun : Ok cantik. . mulakan dari sekarang. you can do it ! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit. Tutup lah aurat juga didiklah iman mu. . Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan.
Cik Cantik : Thanks. . aku sebenarnya nak pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.='') kalau kau tak keberatan boleh je kan kau pinjamkan shawl pashmina kau yang labuh tu. aku nak teraii lah. . boleh kan ?
Cik anggun : Boleh, tapi kau jangan lupa basuh ! (hehehe)
Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yang lebih cantik dan selamat. . :)