Apa beza antara Da'ie dan Artis Korea?

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan penyayang. .

Sebelum ini saya ada tulis pasal artikel beza Muslimah dengan Princess Dongeng maka ini klise nya bagi lelaki. Sebab kenapa. . ? Sebab zaman sekarang perempuan ramai yang dok gila layan Korea sampai lebam. Sebelum tu izinkan saya mendefininasikan apa itu artis korea dan apa itu da'ie :)

Da'ie : Muslim yang menyebarkan dakwah dan risalah Rasulullah. yang melakukan Amar Ma'ruf nahi Munkar.

Artis Korea : Artis dari korea lah. apa lagi. . ? Korang pernah dengar K-Pop. . ? (Korea Pop) Mereka lah yang taikonya. .

Mari kita tengok 5 perbezaan ketara antara Da'ie dan artis korea.

1) Artis Korea mengalunkan lagu-lagu Korea, untuk kekal masyhur dan di undi di dalam carta


True Story, kerana mana mungkin mereka bersusah payah, berlatih menari, menyanyi, dan semua usaha gigih mereka. kerana apa. . ? kerana itu sahaja jalan kemasyhuran mereka. Zaman sekarang butuh hiburan. maka 'tenaga' seperti mereka amat-amat lah di perlukan remaja,

TETAPI. .


Seorang Da'ie sntiasa mengalunkan zikir-zikir kalimah Allah, seruan-seruan kepada yang Ma'ruf. Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan kebaikan, Suara mereka lah juga yang di laungkan untuk menyeru manusia-manusia berkunjung ke rumah Allah, bah kan suara mereka lah juga yang mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran di dalam solat. Suara mereka juga suara emas bukan ? :)

2.) Pelakon Korea menjerat hati-hati wanita.


Dan sudah tentu, Pelakon-pelakon Korea sntiasa akan di pilih yang kacak-kacak belaka, dan melakonkan watak-watak yang macho belaka, gentleman, setia dan BOYFRIEND no. 1 dalam carta. dan saya ingin katakan, lelaki se'perfect' watak pelakon korea tak wujud. Yang wujud cuma lah suami soleh yang beriman, yang penting imannya boleh membimbingmu ke syurga. . sememangnya, arena seni Korea terpaksa mengacu watak itu menjadi sebegitu sebagai pemanis cerita. so girls, jangan frust okay ?

TETAPI. .



Sudah tentu para Da'ie itu menjerat hati-hati mereka yang lalai kembali semula kepada Allah Taala.
setiap kata-kata nya adalah semangat, peringatan dan memuhasabahkan. cuba anda bandingkan cerita cinta Korea dengan program 'Law kana bainana' mana lagi menyentap hati ? kalau anda kata cerita korea, ia hanya menyentuh soal cintan cintun, tapi percayalah, jika hidayah anda perolehi, maka ia menyentuh seluruh nurani anda. Kerana Cinta Rabb-mu, lebih besar dari itu :)

3) Artis korea menjadi 'gentleman' dalam percintaan


Suda tentu lah~ director yang suruh, dah namanya berlakon. kalau tak romantik sapa nak tengok kan ? Maka akan adalah adegan yang sweet gila. yang lelakinya macho gila. . yang perempuan pun boleh jadi GILA bila tengok scene-scene sentimental macam ni. watak yang cukup-cukup sempurna jika di jadikan prince charming. Absolutely. True Story !

TETAPI. .


Lebih berganda-ganda lah gentleman seorang Da'ie itu kerana dia akan cuba menjadi imam yang terbaik dalam rumah tangga, contoh terbaik terhadap anak-anaknya, terhadap Mad'u nya dan cuba mnjadi 'Gentleman' dalam perjuangan agamanya.

4) Artis Korea terima awards dari banyak tajaan


Sudah tentu di taja. bila sudah bergelumang dengan kemasyhuran dan jutaan peminat dari serata dunia sudah tentu ramai yang ingin menaja. Banyak lah sesi award mengaward dan pada mereka, di situlah pengukur titik kejayaan mereka di area K-Pop segalanya di tentukan dengan carta, anugerah itu, anugerah ini. .

TETAPI. .


Da'ie tidak pernah di kurniakan award dari manusia, cukuplah award dari Allah yang menjadi pengharapannya,. makanya seorang Da'ie sejati takkan mudah merasa lelah, bosan, dan putus asa. baginya perjuangan dakwah adalah suatu kecintaan. bukan untuk meraih pujian manusia, tetapi Rahmat dari Allah semata.


5) Rakyat malaysia yang berangan jadi artis korea mesti kena kutuk.


Jangan saman saya k, saya tak kutuk. saya cakap saja . . True Story. bila ramai yang try buat gaya ala-ala korea, mesti kena kutuk. perempuan buat gaya comel macam perempuan korea, confim kena cakap gedik. lelaki yang nak pakai style korea. . ? mesti kena cakap pengaruh timur bukan ? terutamanya bila muncul kontroversi group yang nak buat M-Pop (malaysia Pop) kazen kepada K-Pop (Korea Pop). Ye lah, nak seiring dengan irama k-pop yang hot, bawak sekali masuk industri seni malaysia ni. kot-kot lah boleh kalahkan team girls generation. Makin banyak lah yang mengutuk. Seriously, tak elok korang kutuk lebih walaupun diorang sexy. Diorang islam, korang pun Islam. baik Muhasabah diri sendiri. :)

TETAPI. .



Menjadi Da'ie mungkin anda di kutuk, di hina malah di hentam sekalipun, tetap rasa manisnya berjuang, kerana seorang Da'ie akan cuba menjadi da'ie di dalam hatinya. Rasa pahit dalam berjuang, tetapi manisnya Di beri ganjaran di akhirat nanti.

Betapa manisnya menjadi seorang Da'ie,

walau tidak di hujani populariti,

Tetap di hujani rahmat ilahi,

walau tidak di beri ganjaran.

Tetap berjuang penuh keikhlasan. .

walau tidak menempa nama,

Cukuplah dengan ganjaranNya semata. .

Indahnya hidup menjadi Da'ie ! ^_^


Mari usaha dari sekarang untuk menjadi da'ie di dalam setiap hati masing-masing !

P/S : Fatin sahabat ku , jazakillah . Ni memang topic kita  bila borak-borak tu . Hee