Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang Nadia.
Walaupun
azam untuk mengupdate blog terbengkalai dek kerana demam pasang
surut. Jari saya naik malas dan lenguh menaip dan terlalu kerap
blogwalking org lain. Hehe
Hari
ini Nadia ingin berkongsi wacana ilmiah mengenai contact lens kanta
lekap atau pun definisi panjangnya kepingan yang di letak di atas bebola
mata bagi menggantikan cermin mata @ kaca mata dek kerana rabun.* Kamus
dewan bahasa murka baca statement nih * Merata-rata di kolej Nadia, ramai student yang 'menyamar' untuk pakai benda ni. Alasan 'rabun'. Fine lah. Allah bagi mata cantik cantik, nak juga mata palsu tu. Haish =='
Bagi mereka yang tak pernah nampak mahupun dengar apa itu contact lens, ini dia contact lens tersebut. =D
zaman
yang semakin trendy dan penuh ranggi sekarang ni, dah jadi suatu
kebiasaan untuk para remaja * perempuan terutamanya * memakai contact lens
yang bermacam jenis warna untuk di gayakan.
saya bertanya. .
'' anda rabun.? ''
'' Tak, saya tak rabun. ''
'' habis tu kenapa pakai contact lens. . ? ''
'' err. . saja-saja ramai orang pakai, cantik. suka tengok. . boleh pilih kaler, coklat, hijau, kelabu pun ada. . ''
'' oo. . kalau pakai sakit tak. . ? ''
'' tak sakit pon, cuma kena tanggal lah sebelum tido and kena jaga elok elok nanti masuk kuman. ''
'' oic. . .''
sekarang mari kita tengok hukum pakai contact lens nih =)
pertama : harus memakai contact lens kerana beberapa
masalah kemudaratan rabun. Contohnya, kemungkinan cermin mata ada negatif
effect untuk si pemakai maka contact lens adalah alternatif
lain. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada
mata.
kedua : haram
jika memakainya untuk berhias,hukumnya termasuk sebagai bertabarruj dan
sekadar untuk suka suka. Contact lens berwarna termasuk dalam kategori
perhiasan yang masih boleh menarik perhatian ajnabi.
Ada dua pulak jenis contact lens yang glamer di zaman ini :
KANTA SENTUH OPTHALMIC :
kanta sentuh yang bertujuan untuk perubatan dan memakainya memerlukan nasihat daripada doktor.
KANTA SENTUH BERWARNA :
kanta sentuh berwarna yang di pakai bertujuan untuk berhias, mangubah warna anak mata dan menjadikannnya lebih besar dan bundar.
* contact lens yang hangat di pasaran kini *
* contact lens bercorak bola (bagi pminat bola sepak) *
* contact lens yang bersinar dari jauh (dia bubuh manik kot) *
* contact lens mata rimau(elok elok jadi manusia nak jadi binatang lak =.='') *
* saya tak faham style yang ni, konsep sakit mata kot ? *
* contact lens berbentuk cd *
* contact lens berkonsepkn airmata dari kristal (sekali kena ragut, dengan biji mata sekali tercabut) *
>>> Salah kah kami berhias guna contact lens berwarna. . ? Kami bukannya buat plastic surgery pun. .
syarat-syarat berhias mengikut garisan syarak :
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b)
Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain : terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang
boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
>>> Saya jawab. .'' Boleh, kalau memenuhi syarat di atas =D (no way to escape) ngee~ ''
Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar :
" Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka
akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah
mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi
seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai
hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau
bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk
tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia
adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada
hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna
hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini
berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita
itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang
demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah di larang. "
Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto ,
" Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat
(tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk
memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan
kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta
sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini:
Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya
tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya
tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?
Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah
pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan
kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri
di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang
dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh
berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang
mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat
klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri
yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang
menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa. "
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1.
Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin
(http://www.ibn-jebreen.com/). 2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh
al-Munajjid (http://islamqa.com/). 3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija
al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)
Penambahan;
Pemakaian
contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap
suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia
haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu
ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai
contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak
boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh
ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg
berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.
PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA AGAR MENJAGA PANDANGAN MATANYA :
Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah
kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan
kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali
kepada suami mereka.."
KESIMPULANNYA : HARAM JIKA NIAT BERTABARUJ~~! ^___^
akibat dari pemakaian contact lens berwarna ;
konjungtivitis alergi adalah di sebabkan radang alergi terhadap contact lens
nak tak nak memang kena bedah lah ni =(
kornea akibat penggunaan kanta lekap di mata selepas jangkitan kuman di mata pada pesakit
seorang gadis Melayu berusia 14 tahun.
Bagi nadia, tak perlulah kita taksub dengan perhiasan-perhiasan or barang-barang kosmetik yang
sekarang ni. Its hide the real you. Dimana cantiknya seorang
muslimah. . ? iaitu dari agama ilmu dan akhlaknya. Nadia lagi suka tengok
seseorang tanpa makeup. SEBAB ITULAH SEBENARSEBENAR DIA YANG SAYA NAMPAK. Adakah
anda cantik. . ? Ya, anda cantik jika anda yakin dengan diri sendiri yang
anda mmg cantik. Cantik itu skopnya luas bukan. . gunakanlah kecantikan mu
itu buat tatapan suami yang berhak ke atas mu.
SEMUA ORANG BOLEH MENCUBA JADI CANTIK DARI FIZIKAL ,
MAKE UP. . DRESS. . BARANG KEMAS KAN ADA. .
TETAPI. .
TAK SEMUA ORANG BOLEH CANTIK DARIPADA PERIBADI.
KERANA. . IA BERMULA DARIPADA HATI.
^____________^
believe me, YOU are amazing just the way you are~~
Nah, petua pakai kontek lens :p