Hamba yang bagaimanakah Aku ini?

Assalamualaikum sahabat blogger :)

Lebih kurang seminggu dah nadia sem break. Biasalah sem break ni lah, masa kita nak balas dendam semua semua benda yang tak terbalas lagi kann? Terutamanya tido. Bagi aku pulak, lebih suka menghabiskan masa dengan lepak di bilik then menghadap laptop dari pagi sampai ke malam. Ish ish, sangat tak elok untuk di contohi. 


Belek and belek internet, ada terjumpa satu artikel. Orang yang ada perasaan macam aku ni, mungkin terasa, 'Pergh, sebijik kau! Cepat cepat pergi amik wudhu' then solat terus. Nampak sangat dah terleka dengan internet. Teruknya! Okayy okayy, bukan salah internet pun, sendiri cari pasal.

Meh nak share benda ni, yang betul betul buat diri rase.. Takpalah, baca dulu, baru tahu.


Azan sedang berkumandang.



"Ah. jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu ".
Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.
"Aduhhhhh.Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah, patutlah dah pukul 4 petang. Tak sedar pulak dah lama main facebook ".

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.



Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah".

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.

Aku puas.



 
HAMBA APAKAH AKU ?

Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?
Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa Nya. Sangat tinggi kasih sayang Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat Nya di masukkan ke dalam dada semua hamba Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita. Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang di beri Allah. 

Dia yang mencipta kita. Untuk apa ?

Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Allah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.


Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah ? Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak ?


Seorang hamba itu hidupnya tidak di hiasi dengan bermaksiat. Hatta "bermaksiat" dengan waktu. Hatinya seringkali di service untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.


Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.
Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.
Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu di kurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.

P/S : Ni yang rasa kene terminate broadband dulu.