Saya prihatin. Anda?



Assalamualaikum sahabat sahabat :)

Allahu Allahu, alhamdulillah. Satu kerja dah selesai malam ni. Kerja apa je kann? Alaa, pergi buang masa dekat Stadium Melawati tuu. Eh eh, tolong siket ye. Haha Ni aku nak bagi korang cemburu habis ni. Serious, sesape yang tak join GMJ ni memang rugi lah wa cakap sama lu. Ye, rugi lah. Tersangat lah kann ? Yang tak berminat tu, sila jangan baca post ni :p

Okay, hari ini dah tiga puluh haribulan tiga. 30 Mac 2012. Kepada sesiapa yang masih ignorant, malam ni ada perhimpunan Global March to Jerusalem (GM2J) juga di kenali sebagai Perarakan Global ke Baitulmaqdis. Ahah! Perhimpunan ni adalah acara kemuncak bagi menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada delegasi Malaysia yang akan menyertai Perarakan Global ini.

Nak tahu kenapa aku cakap rugi bagi sesape yang tak mahu nak join tuu? Ye, WAJIB kena tahu juga. Firstly, banyak mesej-mesej yang mereka nak bawa dan usaha-usaha mereka untuk Palestin selama ni. Untuk hiburan tu.. Hhhmmm. Datanglah dengan ruh dan semangat solidariti untuk Palestin. Banyakkan selawat, takbir dan doa-doa untuk rakyat palestin. Bukan di bawah kuasa kita untuk tentukan perjalanan program tu. Tapi tak bermakna, kalau kita hadiri, kita sokong sepenuhnya perjalanan program.


Sebab tu aku cakap kita datang dengan ruh dan semangat rakyat Palestin. Sebab aku lihat kebaikan dan maslahat untuk kita hadiri lebih besar daripada mudharat yang ada.
(Ni Nadia copy cat je ni. Malas pula nak edit, walaupun Nadia ni seorang yang OCD! Ahah!)

Dan sedikit tambahan jawapan mungkin.



Memandangkan program ini adalah program berbentuk umum, yakni objektifnya adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin orang untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin, maka perjalanan program juga terpaksalah di'umum'kan juga saya kira. Tujuannya untuk menarik lebih ramai orang memeriahkan lagi perhimpunan ini. 

Ini bukanlah platform untuk menyebarkan fikrah. Maka ada adilnya sekiranya kita bersikap lebih terbuka dan menerima, pada masa yang sama tetap berpegang teguh dengan niat kita untuk ke sana.
Memang betul dari pandangan mata kasarnya, dengan kita berhimpun sebegitu, tiada bantuan secara langsug yang dapat di berikan kepada rakyat Palestin. Seolah-olahnya macam sia-sia sahajalah berhimpun sebegitu bukan ?

But its about showing our solidarity to our brothers and sisters dekat Palestin tu. Bayangkan perasaan mereka apabila mengetahui ada sejumlah rakyat Malaysia, nun beribu batu jauhnya daripada mereka, yang berhimpun semata-mata nak tunjukkan sokongan kepada mereka.

Plus, dengan doa-doa yang kita lafazkan, dengan takbir dan laungan semangat yang kita laungkan, siapa tahu perkara-perkara tersebut akan membangkitkan semangat rakyat palestin untuk terus berjuang ?

Juga as a statement to the world that we are with the Palestinians. That they are our brothers and sisters in Islam, although kita tak kenal mereka dan mereka tak kenal kita. Kita nak tunjuk pada dunia yang kita bersama-sama mereka.

At the end of the day, it all depends on our niat mengapa kita ke sana. Untuk apa ? Aku secara jujurnya, secara peribadinya nak ke sana untuk 2 benda; 1) solidariti untuk rakyat Palestin dan 2) nak jumpa saudara Islam ramai-ramai ;)


Begitulah.




Aku secara jujurnya merasakan GM2J adalah suatu inisiatif yang baik. Ia, tidak sempurna, mungkin ada kelemahan di sana sini. Tetapi ia adalah suatu manifestasi kepada simpati dan empati kita mungkin, kepada saudara-mara kita di sana. Juga suatu terjemahan kepada kelemahan kita selama ini yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam meringankan penderitaan mereka di sana. Allahu.



Kalau tidak boleh lakukan semua, janganlah pula tinggalkan semua!


Ketepikan fahaman politik, apatah lagi perbezaan dalam ideologi berjemaah. Ini perjuangan ummah. Hentikan sangkaan-sangkaan yang tidak baik, apatah lagi yang di campuri dengan emosi dan rasa tidak puas hati.

Ini adalah suatu manifestasi chenta kita pada rakyat Palestin. Ini adalah suatu bukti ukhuwwah fillah kita dengan mereka, Insha-Allah.



Mata bersinar-sinar.



Ayuh, kita berpegangan tangan, melaungkan takbir dan melafazkan doa-doa untuk mereka pada malam ini :)