Titian Ukhuwah Fillah

Assalamualaikum sahabat sahabat nadia :)

Alhamdulillah, lagi sekali aku berkesempatan nak update blog. Hehe Sekarang ni tepat 3.25am aku masih bersemangat, satu lagi mata pun tak mahu nak lelap. Fikir fikir, aku nak share something dekat blog ni. Boleh di katakan satu luahan perasaan yang aku sendiri pernah rasa. Nak tahu apa? Jom baca :)




 
Korang semua pernah dengar tak UKHUWAH? Apalah benda ni eh agak agak? Herm.


Konsep Ukhuwah ini ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)


Ukhuwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang di ikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah swt. Ukhuwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang di nyatakan oleh Rasulullah SAW :

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang di anjurkan oleh Islam ini di perkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Macam mana kita nak realisasikan ukhuwah kerana Allah tu ? Jeng jeng jeng.


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara mu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” 
(surah al-Hujurat : 10)



Subhanallah! memang hebat  betul kasih sayang sesama manusia yang berlandaskan Islam. 
Aku teringat kisah Muhajirin dan Ansar. they are completely strangers among each other tapi still puak Ansar boleh korbankan keselesaan dan apa yang mereka suka kepada golongan Muhajirin. MasyaAllah. Macam manalah pengorbanan itu di sisi Allah. Tentu tinggi darjatnya.


Menurut Imam al-Ghazali :
  
Ada 4 kategori :

1) Ukhuwah di jalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa, tingkah laku dan sebagainya.
2) Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3) Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengasihi guru dan para ulama’ bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan di dunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4) Persaudaraan yang di ikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.



Yang mana satu kategori ukhuwah yang korang janjikan kepada sahabat korang?


Apabila korang berani meletakkan ukhuwah korang dan sahabat-sahabat  keranaNya, pasti ada cabaran yang menduga. Mesti ada salah faham. Terhasad dengki apabila si kawan dapat rezeki lebih. Terasa apabila kawan tak sengaja menyakitkan hati kita. Macam-macam. Namun, itu bukan alasan untuk tidak meletakkan Islam sebagai basic ukhuwah.



Terdapat prinsip berukhuwah dalam Islam.

1- Perdamaian atau hubungan yang baik, saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.
Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman ( surah Al-anfal : 1 )
2-  Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah
Perkara ini amat susah untuk manusia praktikkan dan di pandang remeh!
.Firman Allah : “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92)



Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh di pertingkatkan melalui sedekah. Kasih sayang dapat di suburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika orang-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling di sayangi untuk membela nasib golongan malang. Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan da'wah. Ukhuwah yang di sandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam (da’wah) adalah yang paling utama.


AGAIN! DA’WAH BUKAN HANYA DI LAKUKAN OLEH PENDAKWAH BEBAS! SEMUA ORANG WAJIB BERDA’WAH !


3- Persamaan iaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan di antara satu sama lain.



Bagaimana dengan perlaksanaan?

Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya. Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita.

-          Menyembunyi rahsia sahabatnya
-          Menutup keaiban sahabatnya
-          Meninggalkan berbantah-bantah
-          Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli
-          Sentiasa mendoakan sahabatnya di dalam senang dan susah
-          Sentiasa melafazkan dengan perkataan “ inni uhibbuka fillah ” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah
-          Sentiasa bertanya khabar melalui sms, email dan sebagainya.



Ya! Korang perlu sensitive! Jangan terlalu pentingkan diri. Ingat tu, kerana tiada manusia boleh hidup bersendirian. Percayalah. Ukhuwah itu seperti sebuah pelangi. Pelangi yang cantik, mempunyai pelbagai warna yang menarik. Bila kita melihatnya, seperti ada satu tarikan yang membuatkan hati kita terus mencari carinya lagi dan tanpa sedar kita rasa tak mahu kehilangannya daripada pandangan kita.


“ Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara.” (Ali ‘Imran 3: 103)