#suratcintabuatmu

Hello everyone! Assalamualaikum.

8th August 2019-- First day aku mula bekerja di satu syarikat Keltrik Engineering Sdn Bhd. Tidak jauh dari rumah, yang cuma mengambil masa 5-10minit. Naik motor or kereta memang cepat :D Alhamdulillah, i've got job after 3 bulan menanam anggur dengan jayanya. LOL.

Sepanjang menjadi penganggur, aku belajar banyak benda. Masa itu, macam-macam aku buat untuk isi masa lapang yang terlalu banyak sangat tu. Kekadang buat aku terfikir apa rezeki aku lepasni, nak continue MA ke, nak cari calon suami ke hahahaha. Macam-macam lah. At the same time, aku apply kerja online through by Indeed.com/JobMalaysia/Maukerja.com/usha newspaper hari-hari. 

Betullah, rezeki, jodoh, mati semua ditangan Allah. We never know kan. Yang kita tahu, nak baik-baik Allah aturkan. Sabar dan sabar. Usaha dan tawakkal. Benda aku belajar untuk reflect diri, buat aku terbuka mata sebesar-besarnya dengan perancangan Allah. Terlalu baiknya Allah terhadap aku. Nikmat apa lagi aku ingin dustakan? 


Things do get complicated. Life is not easy, not all the time. It's not every time and everything about being so lucky.  It's not that God doesn't love us.

And,

Everyone needs to face test. Because we will never know how is it like to feel Beyond happy if we never know understand what is pain. No. Life is Fair. People Not. Allah is fair, because HE loves us no matter what. Not Everyone is going to love us. Understand us. Think Good about us. Be there for us all the time.



To be honest, we can't do that too. There's always a fight between nafs and Iman. Do the best. Remember Allah. Please Lord , prevent us from any maksiat or evil on earth. Eyes, Mouth, Ears , Nose, Hands, Legs, Mind, Heart.


Everything. Things Just Happen.Yes some hurt.But that's the purpose. As that's how we learn to appreciate. People, and what we have. Don't over think and keep counting what we don't have and what people have. Some people do have it because, that what's best for them. There's always the best for us.



What we have today. As how we see we have weakness. So does anybody else. As how we see people have specialness. So do us. Destiny , Taqdir . Yes Allah has written it for us. But, it's actually what path do we choose. How we handle things.


What decision we made. People can talk. people can say. But it's our Amanah to take care of what Allah has given, we are just borrowing. Our job to take care of ourselves. The best as we can to prevent Fitna, to people. to us.

Do the best, let Allah settle the rest. Obviously, shaytan is everywhere. Nafs is always in our heart. Anyone's heart. So we actually can't stop people from thinking/talking negatively. But always, keep people's aib. Allah will keep our 'aib, in this world and InshaaAllah HereAfter.

BUT

As long as we breath, it's never too late to turn back, to HIM. As long as the heart beats, there's always a chance. It's okay. HE knows. We cry, we get mad, we feel extremely insane. Mixed Feelings.

It's okay. We ARE human. and guess what? TURN BACK TO HIM. Regardless time, place.
Be nice. Be good. Nothing to lose. HE shall give the best. To you, me, us. Hold On. Keep praying. When the time comes.


Penat nak tulis dalam english tau,
NadiaHumaira'

Sebab Allah sebaik perancang..

Lampu berwarna purple oren di atas meja dialihkan sedikit ke kanan untuk memudahkan aku menyusun buku. Nampak tak kemas pulak tetiba. Nak ubah siket positionnya. Tahun baru, 2019 aku terdengar berdas-das bunga api dibakar. Dah macam hari raya dah. (Cakap sorang-sorang dalam hati)
--
Meja tadi aku tenung. Aku taktahu nak buat apa sekarang. Nak buat thesis, malas nak menaip. Nak baca buku pun malas. Jadi duduk diam termenung. *Bosan*
Tetiba ada suara datang, "buat apa tu kakak?" lembut sapaanya. 
Terkejut kauuu. "Takda buat apa Mak, entah macam-macam fikirlah."
Sapaan seorang ibu tadi, buat aku macam nak menangis tapi masih bertahan.
Precious.
Since 2014. Its not easy to leave all things that I loved behind. Lagi-lagi bila benda tu dah jadi pada diri sendiri. Dan pernah rasa sakit macam mana.”
I don’t know, how can I be this strong. (jeritan hati)
“Its all because of Allah. His ar-rahman. He chose you kakak,” Mak bersuara. Mungkin instinct ibu itu lebih mendahului sebelum aku berkongsi kepadanya.
Bukankah pilihan Allah itu tak pernah salah? Bukankah pilihan Allah itu adalah sebaik-baik pilihan, setelah ditapis? Di tapisan manakah kau tersekat? Maka Allah pilih.
Aku tersenyum. Aku memahami apa maksud seorang ibu mahu katakan. Lembut katanya membuatkan ada air yang jatuh dari mata aku. Tangan dah rasa menggigil lalu aku memberikan pelukan padanya. 
--Hanya tangisan air mata tanpa sepatah kata.
Mak kembali menyambung, sambil mengusap rambut aku.
"Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita kakak. Percayalah cakap Mak, tiada satu yang sia-sia Allah berikan nanti. Tidak sekarang, suatu hari nanti. Hikmahnya ada. Iman dan diri kita sendiri akan cuba melawan keinginan untuk terus memilih.. betul tak? sebab akhirnya, segala yang ada dalam hidup kita nanti adalah pilihan. Diri kita sendiri yang boleh memilih kehendak yang mana. Pilihan pula, ada di tangan kita."
MashaaAllah. Aku tersentak (Benarlah, kata-kata ibu itu menenangkan)
Sebab itulah, ada bermacam cara sebenarnya Allah sampaikan untuk kita sedar tahap mana iman kita. Dia nak kita cari hikmah untuk setiap baik buruk yang Dia beri dekat kita. Dia nak kita cari hikmah kenapa Dia masih beri kita peluang untuk menggunakan kilang badan ni.
“Dah 27 tahun  hidup dekat dunia ni, rugilah kalau takda satu pun usaha aku buat untuk agama.” Aku bermonolog.
Kenapa Allah kasi kekuatan untuk kau lalui benda yang kau sendiri tak suka.
Sebab Allah ada perancanganNya yang tersendiri buat kau, dalam agama ni.


Kembali melakar..

Assalamualaikum semuaaaa.




2 years ago, belog ku menyepi tanpa sebarang penulisan. Langsung tak memberi signal, tiba-tiba hilang entah kemana. Sebenarnya.. aku terlupa password belog. lol Plus, masa untuk menaip agak terganggu dek menghadap thesis selama setahun, tambah lagi buat part time dengan prof di kolej. Saja cari duit poket sendiri. Eceh. Biasalah kan, dunia makin mencabar, barang makin mahal. Semua benda mahal. Semua benda perlukan duit :D Gituh. -- Itu aku menyepi sampai tahun 2019. Ambik kau, kemain lama.


Alhamdulillah. Pengajian di peringkat ijazah almost done dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan. Sudah banyak halangan dan rintangan aku lalui sepanjang sesi belajar ni. Malas nak cerita. Aku tahu, as a student akan lalui benda yang sama cuma corak perjalanan akan sedikit berbeza. 


Hasil ilham penulisan belog ni, adanya sahabat yang masih bertanya dan tertanya-tanya, "ngko tak aktif belog lagi ke Nadia?" "Belog ngko mana weh! Aku nak baca." Diaorang ni lah yang telah bagi aku semangat untuk kembali bercerita. Taklah sebagus blogger lain, tapi boleh lah kan hahahaha. Saja buat penghibur diri sendiri, eh! *Thank you everyone*.


This time, aku akan cuba cari masa untuk kembali bercerita. Ada yang sudi nak baca lagi tak? Bagi aku satu topic/idea untuk aku update next post nanti. Mungkin tak seberat macam before ni punya cerita. Aku nak tukar lebih santai dan tak terlalu keras. Yay or Nay? 

Kembara mencari Tuhan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan nak update belog seketika. Jam sekarang 1.15 am, hari selasa 31 haribulan Januari 2017. Mudah-mudahan sihat. Idea berlegar-legar tiba-tiba, memaksa tangan untuk menaip di sini untuk dijadikan perkongsian bersama. --Skemanya ayat. 

--------

Pernah tak duduk keseorangan dengan mata yang terpejam. Merasakan roh yang ada dalam sebuah jasad,
Lalu bertanya, siapa aku?
Pernah tak duduk keseorangan, jauh daripada semua perkara duniawi, mendongak ke langit, lalu bertanya, untuk apa aku diciptakan? Pernah tak apabila sedang berjalan, berfikir bagaimana jika tiba-tiba sahaja diri akan jatuh, dada sakit, lalu nyawa ditarik. 
Pernah tak apabila sebelum melelapkan mata, berfikir, apakah pandangan aku esok seperti apa yang terlihat kini? Pernah tak apabila sedang bergembira, berfikir, jika waktu itu gempa bumi datang menggegar, ke manakah dapat aku lari?

Kita hanya manusia. Hanya hamba! 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)


Ya, kita hanya hamba, HAMBA. Yang lemah lagi hina. Tiada apa milik kita di dunia. Itu semua kurniaan Allah. Pangkat, kecerdikan, kekayaan harta, rupa paras yang cantik, apakah itu semua? Itu semua ujian daripada Dia. Yang mempesonakan. Yang membuatkan hati lalai jika menjadi hamba dunia. Dia sentiasa menguji. Apakah diri akan berpaling daripada-Nya dengan segala nikmat yang Dia berikan? Apakah nikmat yang diberi digunakan ke arah jalan yang betul? Kita akan dikembalikan. Rasalah kita akan kembali kepadaNya. rasalah sekarang. Dunia ini hanya sebuah tempat ujian, tempat persinggahan. Fikirlah akhirat, kerana itulah tempat kembali kita. Yang kekal abadi.


Apabila menyedari diri seorang hamba, maksiat akan ditinggalkan.


Hamba akan merasa dia adalah milik Penciptanya. Segala suruhan Allah dilakukan. Segala larangan-Nya ditinggalkan. Jika Allah menyuruh supaya  berbuat baik sesama manusia, dia ikut. Jika Allah suruh mendirikan solat, dia ikut. Jika Allah menyuruh supaya aurat ditutup, dia ikut. Jika Allah menyuruh supaya dia mentaati ibu dan bapa, dia ikut. Jika Allah menyuruh supaya merendahkan hati, dia ikut. Segala suruhan Allah diikuti. Dia ikut kerana merasa diri hanya seorang hamba. Jika Allah melarang daripada menyakiti hati anak yatim, dia tinggalkan. Jika Allah melarang daripada memakan riba, dia tinggalkan. Jika Allah melarang daripada berdusta, dia tinggalkan. Jika Allah melarang daripada mengumpat, memfitnah dan menceritakan keburukan orang lain, dia tinggalkan. Segala larangan Allah ditinggalkan. Dia tinggal kerana merasa diri hanya seorang hamba.

Apabila menyedari diri seorang hamba, diri akan sentiasa bersyukur.

Jika Allah mengurniakan berbagai-bagai nikmat, hamba itu tetap tunduk dan sujud bersyukur. Jika Allah mengurniakan nikmat kesihatan, dia bersyukur kerana ada yang ditarik nikmat ini dengan penyakit yang memberi derita pada tubuh. Jika Allah mengurniakan nikmat ibu dan bapa, dia bersyukur kerana sedar ada yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan ayah. Jika Allah mengurniakan sahabat-sahabat yang mengajak kearah kebaikan, dia bersyukur kerana ada yang mengingati. Segala nikmat Allah disyukuri. Kerana merasa diri hanya seorang hamba.

Jika Allah menguji dengan musibah dan ujian yang berat, hamba itu tetap juga akan terus tunduk dan sujud bersyukur. Jika dia menangis kerana ditinggalkan cinta seorang lelaki atau perempuan yang bukan halal baginya, dia bersyukur kerana sedar Allah amat menyayangi-Nya daripada terus lalai dalam lembah dosa. Jika dia diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, dia bersyukur kerana sedar Allah sentiasa ada di sisi. Jika dia mengalami musibah kebakaran atau perniagaan yang merosot, dia bersyukur kerana Allah menyedarkan dia bahawa itu semua milik Allah. Segala ujian berat dan musibah yang menimpa, disyukuri. Kerana merasa diri hanya seorang hamba.


Apabila menyedari diri seorang hamba, terasa lemah tidak terdaya. Siapalah kita untuk berbangga dengan kekayaan harta. Itu semua Allah bagi.Siapalah kita untuk berbangga dengan ilmu yang ada. Itu semua Allah bagi. Siapalah kita untuk berbangga dengan jawatan tinggi. Itu semua Allah bagi. Tiada milik kita, hanya milik Allah, lalu mengapa diri begitu sombong?

Jika Allah nak tarik nikmat, sekejap sahaja. Mudah sahaja bagi Dia. Sekelip mata sahaja hilang di pandangan. Segala nikmat yang diberi, hanyalah untuk menguji ‘respon’ kita.


Jika punya harta yang menimbun, infakkanlah pada jalan yang benar. Begitu ramai yang memerlukan. Percayalah, dengan memberi untuk menunjukkan rasa bersyukur, nikmat itu akan ditambah lagi. Carilah redha Dia dengan harta yang juga milik Dia. Jika punya ilmu yang bermanfaat. Sebarkanlah dengan hati yang ikhlas bukan untuk berbangga. Apakah diri tidak mengetahui, itulah antara saham ke akhirat, yang sentiasa bertambah nilainya apabila diamalkan. Carilah redha Dia dengan ilmu yang juga milik Dia. Jika punya jawatan yang tinggi dan pangkat yang besar, berlaku adillah. Lihatlah orang di bawah sebagai manusia bukan orang suruhan. Pandanglah orang bawahan dengan kaca mata kasih sayang. Berikanlah dan tunjukkanlah akhlak yang baik sebagai seorang pemimpin. Sedarlah bahawa hanya Allah kuasa tertinggi. Carilah redha Dia dengan pangkat yang juga milik Dia.

Akhir kehidupan, tiada lagi pakaian yang boleh dipilih, hanya kain putih. Akhir kehidupan, tiada lagi kereta mewah. Yang ada hanya keranda kayu. Akhir kehidupan tiada lagi harta, rupa mahupun pangkat. Yang ada hanya amalan. Bertaqwalah, Dan ketahuilah, itulah sebenarnya sebaik-baik bekalan untuk dibawa pulang kembali kepadaNya.


"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa"
(Al-Baqarah, ayat 197)


Rezeki kerja Tuhan, semua dapat.

Assalamualaikum. Sihat semua? Mudah-mudahan sihat. Di sebabkan tengah semester break, sebenarnya dah nak habis dah pun. Hehe. Entah kenapa baru teringat nak update. Kau buat apa je Nadia cecuti ni sampai lupa, ceh. Nak cari idealah, tapi sampai kesudah tak tershare :D Konon.


So ya, this time nak update short post je. Pepanjang nanti takda siapa nak baca :P


Memang ada orang yang bila tidur dalam kelas pun boleh pandai bangun bangun jawab soalan cikgu.
Memang ada orang yang tak payah kerja pun semua benda dia ada sebab bapak dia kaya.
Memang ada orang tak payah susah susah sebab dia pandai ini pandai itu.
Tapi di sebalik semua tu, it still takes struggle kan. Dan paham kan? Allah itu adil. Tu rezeki dia. That's it. Takpayah pertikaikan apa-apa. "Dia genius boleh aaaa. Dia cantik boleh aaaa. Dia cenggini boleh aaa."

OKAY STOP IT--

Well. Why you want to give up and stop fighting for what you want because everyone else has it: kadang kadang kita tak tahu what it takes for that person untuk dapat what they want. 

If kita nak pandai jugak, belajar lah. Kalau kita nak duit poket lebih, use whatever you have untuk berbisness ke walaupun jual gula-gula sekalipun. If you want to be happy, learn to be happy. Simple kan.

Fight for what you want. Dan kalau tak sedar, that's what Allah wants us to do. Fight for it. To make sure kita deserve it. And it is really worthy. 

You know that moment bila kita dah 3 hari 3 malam tak tidur sebab nak siapkan assignment to make sure its perfect, well at least almost.
Dan lecturer happy with our work, dan perasaan bila lecturer kata good job? Yes that feeling. Betul tak? Macam itulah nanti feel dia. Seriously.
Atau kita berbisness untuk cari duit poket. Dan bila dapat untung plus customer bagi feedback best dan kita happy sebab they are happy. That satisfaction punya perasaan? Yes. That one. Haa lain pulak feel dia.

Tuhan bagi bonus. 
Dan ingat, if you've fought habis-habisan dan things don't turn out macam apa kita nak. Jangan give up. Jangan meroyan. It happens. Kita relax je. Buat lek buat peace :D
Sebab Allah tahu. Kita deserve something bigger. Sebab paling best bila saat dah jatuh tergolek rasa hidup gelap dan kita tetap move on dan cari nur. Cari light. 


Bila jumpa, itu perasaan paling. "Allah maha besar. Terima kasih ya Allah."


If you want to be happy, learn to be happy.



Renungan buat aku dan engkau.

Hello gais, assalamualaikum. Sekarang jam 1.36 am, Sabtu 16May2016 bersamaan public holiday Satu Malaysia. Yeay! Hahaha. Macam bosan pun ada. Baik aku update belog yang dah lama berhabuk ni. Confirm engkorang tunggu apa next update dari aku kan. Baik mengaku! :p

Macam ni, let's read okay.


Everyone has their own problem, and dalam pada kau sibuk-sibuk curse sini sana pasal betapa what the fish nya problem kau hadapi, selitkan rasa bersyukur sebab semua orang patut tahu, setiap benda ada hikmah bukan? Setiap benda best jadi pada kau, mesti akan ada benda buruk jadi sebab itu adalah LIFE. Kalau kau harap semua benda jadi senang, otak kau gila tak berkembang. Serious ni.

Be grateful sebab apa? Sebab semua masalah dan ujian yang Allah bagi, besar gila yang kau rasa stok nak bunuh diri, nak lari rumah makan racun tikus, eh! hahaha memberontak kacau study apa kejadah tu, every single problem makes your heart stronger. And it is true. Lagipun, kau kena bersyukur sebab kau kena percaya lepas apa problem yang jadi pada kau, akan diselangi dengan benda best.

Like someone remind me everyday, 

''You chill up okay? Nadia tahu kan, bila Nadia ada problem besar mana pun, inshaAllah benda best akan jadi.  Mesti, Allah kan tahu everything''.


Amin amin amin ya rabbal 'alaamin! Yes, thank you 

Thank you for reminding me. And setiap kali kau wonder kenapalah susah sangat ujian yang Tuhan bagi pada kau ni, apa kata kita set mind yang kita bertuah. sebab Allah tahu kita kuat. Allah nak uji betapa kuatnya kita and Allah nak kita lagi jadi kuat. Haa gituh. Sebab Allah sayang kita lah kan. KITA kena ingat tu. Ye, aku tengah cakap untuk diri aku jugak lah ni, that's why aku bermonolog dekat belog aku.

And I read this, and aku rasa aku nak share sebab bukan semua orang hidup senang. Akan ada setiap chapter hidup kau, kau akan diuji dengan masalah. 

Firman Allah Swt yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Setiap apa yang buruk jadi pada kau, jangan sekali nak salahkan takdir. Jangan putus asa der and mintak pertolongan daripada Allah. Untuk diri aku sendiri supaya setiap kali masalah walaupun kecik, jangan give up, dont stop hoping, dont stop believing, and don't stop praying. Itu penting. Mintak Allah ampunkan dosa, Mintak Allah tingkatkan imaan supaya tak buat kerja lagi bahalol dan mintak Allah kuatkan hati, diri kau sendiri.

Aku taknak putus asa walaupun ada satu tahap, aku akan just sit down dan mintak Allah tabahkan hati aku yang lembik macam jeli ni. Sebab aku taknak aku miss benda best yang akan jadi pada aku lepas aku dah tempuh ujian yang Allah bagi. Dan aku takda reason untuk give up sebab aku boleh ubah benda itu dan aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sayang aku, mungkin aku tak berguna dekat semua tapi cukuplah kalau aku tahu aku berguna dekat cuma satu makhluk bernama manusia.

Jangan putus asa sayang sayang ku. Walaupun aku pun sama macam orang lain. Ye aku akan menangis, sepuas-puasnya dan lepastu aku akan duduk dan cuba berfikiran waras dan enjoy balik hidup aku. sebab sayang kalau hidup aku just bazir untuk keluarkan air mata, Sayang, air mata tu mahal. Tapi aku percaya, gelak tawa tu lagi bagi impak yang besar. Tak ke indahnya hidup bila sebab gelak tawa kau, orang lain rasa terhibur sekali? And and and and mana lagi best, kau ada masalah and advantage kau hadapi masalah tu kau akan jadi lagi stronger and inshaAllah dosa kau dihapuskan, DARIPADA kau ada masalah, kau lagi buat benda bodoh macam lari rumah ke which is kau dah menyusahkan orang lain.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” –Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Allah itu sangat maha adil. Jap, aku nak touching boleh? Okay jangan nak mengada. Nadia,jaga macho. Hahaha :D Tak, kalau kau nampak orang tu happy tak semestinya dalam hati dia pun happy. Bagi aku, aku rasa tak best bila bawak-bawak sakit tu sedih tu dan jangkitkan pada orang lain. Kan kan kan kan kan kan kan kan CUKUP.

By the way, maaf andai aku ada  salah cakap, maaf andai aku merepek sorang-sorang. Aku kan suka bebel soghe soghe -_- tapi, i meant it tau :) Aku takkan sempurna. JAUH JAUH JAUH. Tapi aku cuma perempuan comel lote :D Eh, okay aku cuma perempuan yang tengah belajar dan aku bersyukur ada orang yang sentiasa remindkan aku. Sungguh 


P/S : KAU di atas merujuk kepada setiap manusia di atas bumi ini, especially buat diri aku sendiri. Wallahua'alam.


Hati manusia, Allah yang jaga.



Hola hola, assalamualaikum gais. Tiba-tiba rindu nak menulis. Di sebabkan tengah semester break, kita update juga lah buat tatapan semua. Gituh :D

------------------------------------------------------------------------


Hati orang ni, kita tak boleh jangka. Macam hati kita jugak. Kadang-kadang kita tahu apa yang kita nak, kadang-kadang taktahu. Sampai kadang-kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.


Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.
Bila hubungan dengan Allah betul-betul elok, inshaAllah hubungan dengan manusia takda masalah. Trust me. Gue tak bohong sama lor :D Dekat sini, bukan lah kata takkan ada orang tak suka kita. Takkan ada orang yang boleh sangka buruk or buat jahat pada kita. Tapi, ianya hubungan/layanan kita terhadap orang: Cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. Segala yang ma'ruf tu lah. Mungkin kita ada TERbuat salah tanpa sengaja. Ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.



Andai tahu, ringankan je mulut untuk mintak maaf. Allah tahu hati siapa benar-benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan. Mungkin orang yang buat salah dengan kita akan terbuka hati. atau orang yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego untuk meminta maaf. Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. Bila cara salah, bukan hati takmahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati orang. Senang-senang berkata kasar, senang-senang berkurang ajar, senang-senang bagi layanan "Eh i know better, kau tahu apa, kau buat salah, aku yang betul. Jadi walau cara aku salah, tapi niat aku betul, jadi kau kena terima je. There's now way lah nak mintak maaf."

Tak, tak jalan macam tu.


Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa dekat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa yang sama, kita dah buat salah, tapi taknak mengaku/taknak mintak maaf. Biar kita jadi orang yang minta maaf dan maafkan. Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu hati kita. Jadi takkan pernah rugi untuk berhati hati. Kita hidup bermasyarakat. Kalau susah nak tolerate dan respect, susahlah jugak dapat dekat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang je nak bagi orang buat balik dekat kita. Tapi itu pun kira okay. Kalau kena kat akhirat? Na'uzubillah.


Mintak pada Tuhan. Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang. Orang boleh kata, boleh caci. Boleh suka-suka je sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. Macam memang sedara dah. Tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikirkan. Tapi itulah, hati orang. My supermom pesan, Allah yang pegang. Allah yang jaga. Jadi perlindungan tu mintak dekat siapa? Yes DIA. Ada satu masa, bila orang yang kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa macam "Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. Sakit hati!" Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita, dan kita beri balik, kita lagi takda 'aqal. Walhal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia, dekat akhirat. Mungkin dua-dua. Mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bagi orang lain yang kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dari ceruk mana nak datang. Kan?



Berterima kasih. Kadang-kadang bukan tentang berkira. Tapi setiap manusia, suka bila dihargai. Rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. Magic. Besar mana pun seseorang itu buat, bila dapat ayat ringkas je. "Terima kasih", cukup. Cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu untuk buat sesuatu. Ikhlas tu makin rasa kuat. Lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tengok setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan? Syukur, bukan hanya kata-kata tapi minta pada Tuhan dalam doa. "Jaga hati aku. Jaga akhlak aku. Andai diberi kelebihan walau pun satu, izinkan hati aku bergantung hanya pada yang SATU." Jadi khalifah yang berguna. Solat, tiang. Mungkin kat dunia, ada orang ada segalanya. Diaorang kata chill. Tapi bila tetibe rasa tak tenang terus kata hidup ni tak adil. Semua benda tah apa apa. Terus salahkan takdir. Terus rasa nak mati. Padahal, waktu Tuhan bagi segala yang kau minta, ada sujud dan hargai pemberian DIA? *Hah setepek kena*

Aku dengar mak dengan kengkawan dia borak. Aku ada kat situ sebagai pendengar, pemerhati. Hehe  macam mana orang-orang yang hebat, yang banyak berbakti pada masyarakat, popular, kaya raya, semualah ada. Tapi, hati tak tenang. Hm. Ha'ah, Jauh. Tiada Tuhan dalam hati. Tahu Tuhan tu ada. tapi tak pasti. Like krik-krikk sampai ke sudah. Jadi hubungan hati dengan hati dengan YANG MAHA ESA tu, tiada permulaan. Maka tiada pengakhiran. Hati asyik meronta, "Aku dah buat segala perkara baik, tapi masih hati tak tenang. Rasa semua serba tak kena." "Allah je tahu siapa yang benar benar MENCARI hidayah." Manusia lain nampak orang tu sedang cari hidayah. Tapi well, Allah je yang tahu.

lagi sekali.

Kira pemberian, bukan ujian. Orang ada macam-macam. Orang bukan sempurna. Orang kadang-kadang lupa. Dan orang tu kita pun sendiri. Takboleh nak expect semua yang kita sangka orang akan buat. Macam kita pun, bukan kita buat yang orang expect kan. jadi, bagi yang terbaik.  Seboleh-bolehnya jangan cari pasal dengan orang kalau "pasal" itu kita tak suka orang buat dekat kita. Nak menangis ke apa, menangis je. Sebab kadang-kadang menangis bukan sebab lembik, tak kuat. tapi sebab kuat tu lah. Kita menangis dan adu pada Tuhan instead of meroyan and sebar pada semua orang. Masalah kita pun sebenarnya, bukan semua orang faham. Tup tup disalah ertikan pulak. Biarlah orang nak assume apa, dari terbuka aib diri sendiri dan orang lain. At the end, truth will reveal. Allah janji. Ingat ni je, apa-apa yang Allah bagi. baik buruk. Kalau kena cara kita tangani, Allah upgrade Iman kita. Susah? tahu. but well, tak susah tak bernilai. Ye dok?



" How wonderful is the case of the believer ( orang-orang yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversity (bad thing) befalls him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." -Riwayat Muslim.

Sebak. Aku memang orang biasa. Yang ada masa lampau, ada salah silap tersilap. Yang aku rasa macam aku memang harap aku tak pernah buat this and that. Tapi kalau takda lampau, takdalah sekarang dan akan datang. Kan? Bila tengok kelebihan orang lain, ingat. Kita pun ada. Bila tengok kesusahan kita, ingat, orang lain ada lebih teruk.


Cakap pasal Palestine. Kerap aku dengar lagi-lagi orang yang ke sana. Walau ujian mereka tak terkira. Senyum masih di muka. Layanan baik masih diberi hati terbuka. Well, semestinya. Sebab diaorang ada Allah dalam hati mereka. Ini yang kita kata, mungkin tak kenal tak pernah jumpa. tapi aku jatuh cinta pada mereka. Itu yang kita kata orang yang kuat. Thought yang datang dan rasai, ini yang betul-betul kita kata orang yang indah. Terima dan redha , hati diaorang tenang. Bukan tak risau, tapi itu yang kita boleh panggil, kehidupan. Hati diaorang hidup, indah. Ya AllAH.



Better late than never. 

Kadang-kadang bila kita minta sesuatu untuk dimiliki pada Tuhan dan diberi hint itu bukan terbaik untuk kita, mungkin dah tiba masa minta miliki hati yang Redha dan minta hanya yang terbaik dariNYA.

P/S: Aku menulis bagi peringatan pada diri sendiri juga sebab aku manusia biasa. Nak jadi yang lebih baik takkan nak sendiri je. Sharing is caring. Tulis berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang sekeliling. Macam yang dikata, "hati orang, lain-lain" kan *Senyum*