Hello gais, assalamualaikum. Sekarang jam 1.36
am, Sabtu 16May2016 bersamaan public holiday Satu Malaysia. Yeay! Hahaha. Macam
bosan pun ada. Baik aku update belog yang dah lama berhabuk ni. Confirm
engkorang tunggu apa next update dari aku kan. Baik mengaku! :p
Macam ni, let's read okay.
Everyone has their own problem, and dalam pada
kau sibuk-sibuk curse sini sana pasal betapa what the fish nya problem kau
hadapi, selitkan rasa bersyukur sebab semua orang patut tahu, setiap benda ada
hikmah bukan? Setiap benda best jadi pada kau, mesti akan ada benda buruk jadi
sebab itu adalah LIFE. Kalau kau harap semua benda jadi senang, otak kau gila
tak berkembang. Serious ni.
Be grateful sebab apa? Sebab semua masalah dan
ujian yang Allah bagi, besar gila yang kau rasa stok nak bunuh diri, nak lari
rumah makan racun tikus, eh! hahaha memberontak kacau study apa kejadah tu,
every single problem makes your heart stronger. And it is true. Lagipun, kau
kena bersyukur sebab kau kena percaya lepas apa problem yang jadi pada kau,
akan diselangi dengan benda best.
Like someone remind me everyday,
''You chill up
okay? Nadia tahu kan, bila Nadia ada problem besar mana pun, inshaAllah benda
best akan jadi. Mesti, Allah kan tahu everything''.
Amin amin amin ya rabbal 'alaamin! Yes, thank you ♥
Thank you for reminding me. And setiap kali kau
wonder kenapalah susah sangat ujian yang Tuhan bagi pada kau ni, apa kata kita
set mind yang kita bertuah. sebab Allah tahu kita kuat. Allah nak uji betapa
kuatnya kita and Allah nak kita lagi jadi kuat. Haa gituh. Sebab Allah
sayang kita lah kan. KITA kena ingat tu. Ye, aku tengah cakap untuk diri aku
jugak lah ni, that's why aku bermonolog dekat belog aku.
And I read this, and aku rasa aku nak share sebab
bukan semua orang hidup senang. Akan ada setiap chapter hidup kau, kau akan
diuji dengan masalah.
Firman Allah
Swt yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang
terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah
: Ayat 214
Setiap apa yang
buruk jadi pada kau, jangan sekali nak salahkan takdir. Jangan putus asa
der and mintak pertolongan daripada Allah. Untuk diri aku sendiri supaya setiap
kali masalah walaupun kecik, jangan give up, dont stop hoping, dont stop
believing, and don't stop praying. Itu penting. Mintak Allah ampunkan dosa,
Mintak Allah tingkatkan imaan supaya tak buat kerja lagi bahalol dan mintak
Allah kuatkan hati, diri kau sendiri.
Aku taknak putus asa walaupun ada satu tahap, aku
akan just sit down dan mintak Allah tabahkan hati aku yang lembik macam jeli
ni. Sebab aku taknak aku miss benda best yang akan jadi pada aku lepas aku dah
tempuh ujian yang Allah bagi. Dan aku takda reason untuk give up sebab aku
boleh ubah benda itu dan aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sayang
aku, mungkin aku tak berguna dekat semua tapi cukuplah kalau aku tahu aku
berguna dekat cuma satu makhluk bernama manusia.
Jangan putus asa sayang sayang ku. Walaupun aku
pun sama macam orang lain. Ye aku akan menangis, sepuas-puasnya dan lepastu aku
akan duduk dan cuba berfikiran waras dan enjoy balik hidup aku. sebab sayang
kalau hidup aku just bazir untuk keluarkan air mata, Sayang, air mata tu mahal.
Tapi aku percaya, gelak tawa tu lagi bagi impak yang besar. Tak ke indahnya
hidup bila sebab gelak tawa kau, orang lain rasa terhibur sekali? And and and
and mana lagi best, kau ada masalah and advantage kau hadapi masalah tu
kau akan jadi lagi stronger and inshaAllah dosa kau dihapuskan, DARIPADA kau
ada masalah, kau lagi buat benda bodoh macam lari rumah ke which is kau dah
menyusahkan orang lain.
“Tiada seorang
Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan
gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus
dosanya.” –Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Allah itu sangat maha adil. Jap, aku nak touching
boleh? Okay jangan nak mengada. Nadia,jaga macho. Hahaha :D Tak, kalau kau
nampak orang tu happy tak semestinya dalam hati dia pun happy. Bagi aku, aku
rasa tak best bila bawak-bawak sakit tu sedih tu dan jangkitkan pada orang
lain. Kan kan kan kan kan kan kan kan CUKUP.
By the way, maaf andai aku ada salah cakap,
maaf andai aku merepek sorang-sorang. Aku kan suka bebel soghe soghe -_- tapi,
i meant it tau :) Aku takkan sempurna. JAUH JAUH JAUH. Tapi aku cuma perempuan
comel lote :D Eh, okay aku cuma perempuan yang tengah belajar dan aku bersyukur
ada orang yang sentiasa remindkan aku. Sungguh ♥
P/S : KAU di atas merujuk kepada setiap manusia di atas bumi ini,
especially buat diri aku sendiri. Wallahua'alam.