Saya ada KEKASIH HATI. Nak tahu tak siapa?



Assalamualaikum sahabat-sahabat semua :)

Buat semua rakan-rakan, kali ni Nadia nak share tentang KEKASIH HATI nadia. Kekasih yang sangat nadia sayang, kekasih nadia ni penyayang sifatnya. Betul! Tak tipu punyalah. 
 


Pure cintalah nak di kategorikan tu. Apa tak percayanya, masa nadia susah, minta tolong terus je daripada dia, pasti akan datang bantuan. Cepat atau lambat tu, nadia redha. Dia memang tersangat-sangatlah Hebat. Bila nadia susah hati pula, mengadu je pada dia. Apa yang best bila mengadu pada dia, terasa tenang je. For surelah, kekasih hati kan? 



Ish, beruntung betol dapat kekasih macam ni. Dia tak pernah sakitkan hati nadia. Nadia kalau rindu, bila bila masa je nadia boleh contact dia. Yang seronoknye, nadia dapat rasa dia tu betol-betol dekat dengan hati nadia. Ye lah, cinta punya pasal kan?
 



Dia sebenarnya tak kesah pun kalau nadia ni nak ingat pada dia ke tak. Tapi rugilah nadia, kalau nadia ingat dan contact dia, sure macam-macam lah yang akan nadia dapat. Sebab, kekasih nadia ni macam-macam dia ada. Apa yang dia takda? Semuanya dia ada.
 


Nadia hubungi dia tak perlukan bil pun, tak kira lah material ke, spiritual ke, ermm memang kekasih sejatilah dia ni. Haish, tak tercakap rasanya.



Bila nadia rindu pada dia, baca je ' SURAT-SURAT' yang dia bagi tu, MACAM MACAM nasihat di dalamnya. Siap bagi example lagi tu. Semata-mata nak nadia faham. 



Sebelum ni, nadia pernah juga frust, memang sedih gila lah masa tu. Cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je. Tapi tak sama dengan yang ni. Kekasih nadia ni ramai yang jatuh cinta dengan dia, jadi nadia pun kenalah usaha betol-betol, bak kata omputih 'What you give is, what you get back'. Jadi kenalah usaha lebih lagi.



Kekasih nadia ni baik sangat sangat. PERFECT! TIADA TANDINGAN, TIADA APA YANG KURANG. Itu yang kadang-kadang bila bangun tengah malam around pukul 2-3 pagi, nadia sure contact dia. Rinduuu~(^_^)


Kekasih nadia ni, kaya oh. MILLIONAIRE, BILLIONAIRE DAN ENTAH apa 'NAIRE' lagi.



Semua keperluan hidup nadia, dia yang support, FREE OF CHARGE! Tapi nadia tak sedap hati juga, mesti kena hargai apa yang dia bagi tu. Sebab kalau nadia ingat dia, nescaya dia akan tambah lagi banyak pemberiannya.




Dia suruh nadia belajar sungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Kalau boleh, belajar semua ilmu. Sebab kekasih nadia ni GENIUS, CERDIK, BIJAK, DAN sewaktu dengannya. Dia kata tanpa ilmu setiap Amal yang di lakukan sia-sia. Dia makin lah sayang pada nadia kalau nadia rajin belajar.




Dan seperkara lagi. Sebenarnya, nadia belum lagi pernah jumpa kekasih nadia ni. Tapi kekasih nadia ni janji yang suatu hari nanti mesti jumpa dia. Jadi sekarang, nadia kena siap dengan segala kelengkapan untuk bertemu dengan kekasih nadia ni, sebab bila-bila masa je. Yang pasti tak tahulah bila. 
 



Daripada 'SURAT-SURAT' dia yang ada tu, jadi, tak tahulah apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Jadi nadia mestilah buat benda yang dia suka tu. Nanti dia pun makin sayang lah dekat nadia. Takpalah, berkorban sekarang. Sebab dia dah janji, siapa-siapa sahaja orang yang dia sayang, dia akan bagi hadiah yang special, yang tak pernah terfikir pun. Hebat kan? 


KEKASIH.. AKU BERJANJI, AKU AKAN MEMPERTAHANKAN CINTA SUCI INI, WALAUPUN NYAWA DI GADAI GANTI, MENGADAIKAN CINTA AGUNG INI, TIDAK AKAN SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA. 

ITULAH KEKASIH KU.. ALLAH SWT.. CINTA AGUNGKU.. :)



Terima Kasih sebab sudi nak tahu siapa kekasih hati nadia yang SANGAT special tu (^_^)