Allah gantikan lebih baik. Itu janji Dia!

Assalamualaikum (^_^) Awok awok yang saya sayang, ececehh.

Ooo, ramai dah complain 'Nadia, bila nak update blog ni ?', 'Eh , da'wah kita masih panjang tau. takda maknanya ada perkataan 'takda masa ni' Macam bajet famous je kan ? Hoho Itu suara-suara datang dari mane tah, bagi diri ni terhantuk kepala sampai lebam plus berdarah baru nak sedar. 

Sorry lah, bila nak update je, ada je benda nak buat. Bila nak update, kalau boleh nak 100% focus. Haha Erk? Oh solat tak boleh nak camtu pulak? Ish. Again, sentap lagi! Bila hati tengah gundah ni, baru lah terasa nak cari something untuk ubat semua ni. Manusia kan, biasalah. Lebih lebih lagi, dah terjatuh tersungkur, tertonggeng baru nak cari Allah kann? Biasa sangat.

 


 "Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka" 
Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.


UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)


“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')


I love, I lost
Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu di turunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya di rentap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.



Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of STAY STRONG :')