Assalamualaikum warahmatullah. *lelambai tangan macam gaya artis* Segala pujian hanya bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Penghulu
Para Rasul, Sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW Alhamdulillah, Allah
masih beri peluang dan ruang kepada Nadia untuk terus berkongsi di ruangan
ini. Lama sudah tak meng'update' blog ni. Perasan tak? K tahulah orang ni bukan femes blogger pun :p Hahaha Maaf kepada
sahabat-sahabat yang menunggu sharing baru. Ececehhh. Setia menunggu tuuu. Jangan marah haa (^_^.)V
Baiklah, kali ni macam mengetengahkan satu isu yang membelenggu umat
Islam khususnya REMAJA iaitu berubah.
Berubah (B.M), Change (B.I), Taghyir(B.A), tiga perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama.. Dalam konteks dunia hari ini, ia lebih popular dengan istilah HIJRAH. Apa pula maksud Hijrah. Nah, Ulama' pecahkan kepada tiga pengertian.
Perkataan
HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu
perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari
suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3
maksud:
1. Hijrah
dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini
adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang orang
yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah
telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)
2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang orang musyrik atau orang orang
kafir yang menfitnahkan orang orang Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan
sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa
apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah di ingkari dan diperolok-olokkan
(oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka,
sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya
(kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka.
Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan
orang orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)
3.
Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang orang kafir atau musyrik ke
negeri/daerah orang orang muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu
untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg
terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat sahabat ke
Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.
Bagaimanapun
sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah meninggalkan
larangan-Nya kepada melaksanakan perintah-Nya. Dan Hijrah inilah yang
ingin ana ketengahkan. Ramai orang yang berhijrah selepas bermuhasabah
diri terhadap dosa-dosa lalu tetapi ramai juga yang berpatah balik
setelah berhijrah. Antara alasan yang popular,'aku tak layak untuk jadi baik','aku tak mampu untuk berubah'
dan lain-lain.. Allah, lemah sungguh pendirian. Tak kurang juga yang
berhijrah dan lepas tu disindir dan diperli oleh orang di sekelilingnya
lalu berpatah balik. Ruginya! Hanya disebabkan beberapa patah
perkataan, kita sudah jatuh tersungkur. Nadia bukannya nak merendahkan
sesiapa, tapi itulah realitinya. Puncanya adalah hijrah itu bukan
hijrah kerana Allah tetapi hijrah kerana manusia. Hijrah kerana
inginkan pujian dan perhatian.
Sabda Nabi SAW :"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada
niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana
dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan
yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya
itu."(Bukhari dan Muslim)
Hjrahnya
adalah hijrah tanpa bekalan ilmu. Lalu Allah uji dengan sedikit ujian
terus goyah dan kecundang. Tak salah berhijrah tapi isilah diri dengan
pengisian yang berguna supaya dalamannya kental dan luarannya hebat. Kalau tiada pengisian, hati menjadi kosong dan senang dipengaruhi oleh
keadaan sekeliling. Akibatnya hati dan diri di jangkiti penyakit FUTUR @ PUTUS ASA.
Rata-rata orang yang berhijrah hanya berhijrah Amali (perbuatan) sahaja
tetapi pemikiran dan ilmunya masih di takok yang lama. Sebagai contoh,
Nur berhijrah dan terus mengenakan tudung labuh dan jubah labuh tetapi
kurang ilmu tentang syariat. Berpakaian hanya mengikut orang lain. Apabila disindir dan dipandang serong, hatinya menjadi resah dan tidak
tahan atas semua itu lalu terus meninggalkan tudung dan jubah labuhnya. Inilah puncanya. Tiada ilmu sebagai perisai imaan, perisai diri. Hanya
menjadi pak turut dalam bersyariat.
"Bajet soleh/solehah boleh kau","sejak bila kau jadi imam muda/ustazah pilihan ni","macam lah kau tu baik sangat"
Itu
hanyalah sebahagian daripada sindiran-sindiran yang bakal dihadapi oleh
orang yang berhijrah. Oleh itu, persiapkanlah diri dengan ilmu dan
pengisian supaya tak termakan dek kata-kata sindiran. Sungguh jalan
yang dipilih ini bukanlah jalan untuk bersenang-lenang. Sesiapa yang
memilih jalan ini bersiap sedialah untuk menghadapi mehnah dan tribulasi
yang tidak mampu dijangka dan di bayangkan. Kadang-kala tribulasi itu
datang dari keluarga sendiri. Keluarga tidak menerima penghijrahan pada
diri. Sahabat menghina dan menyindir. Masyarakat memandang serong.
Pelbagai ujian yang Allah aturkan. Jika kita kuat menghadapinya, pasti
kita akan terus istiqamah. Jika lemah, pasti Futur. Amat rugilah bagi
yang telah menemui jalan yang betul tapi berpatah balik dek kerana ujian
daripada Allah. Bukankah kalau Allah sayang kepada hamba-Nya, Allah
akan uji hamba yang di sayangi tu? La Takhaf wa La Tahzan, Innallaha ma'ana.
Yang
paling penting, pastikan hubungan dengan Allah tidak terputus kerana
untuk berubah dan berhijrah memerlukan kekuatan. Jadi, pastikan hubungan
itu kuat dan mintalah kepada yang Maha Kuat. Jaga 'talian' yang
menghubungkan kita dengan Dia iaitu solat. Merintihlah di malam hari,
mintalah di dalam tahajjud. Pasti Dia perkenankan :')
Teruskan
berjalan wahai hati-hati yang di sapa hidayahNya. Jangan pernah
menyesal kerana memilih jalan Hijrah ini. Allah sentiasa dengan
hamba-hambaNya yang benar. Teruskan berubah dan berhijrah. Bermujahadahlah walaupun sukar. Sungguh mujahadah itu pahit kerana
Syurga itu sangatlah manis. Allah sentiasa bersamamu. Kadang kadang langkah ini tersungkur. Sakit atau tidak, itu belakang cerita. Bangkit balik dan jalan semula. Takut apa, Allah ada.