Isu Palestine hanya bermusim?


Assalamualaikum warahmatullah.

*Lambai-lambai tangan sambil tersenyum tayang gigi* Itu tanda muka nak coverline. Yelah, dah bertahun ke berbulan tah tak update langsung blog. Bajet femes aa kau ni Nadia? Heh. Kesah pulak. Memana yang rajin follow Nadia, mesti ada yang rinduuu ni. Kann kann. Jangan tipu k. Ni bulan puasa (^_^)V Eh, sebelum tu nak cakap, Salam Ramadhan Kareem geng! Moga Allah permudahkan urusan ibadah kita bersama sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, inshaAllah. 

Back to topic, Sekarang ni satu dunia sedih, berduka, risau, atas isu Palestine di serang Israel. Kan. Ke ada yang tak ambil port? Kau jangan, saudara Islam kita dekat sana sedang bermatian, kau buat bodoh pula. Mentang-mentang Malaysia masih aman. Kata kauuuuuuu. Tolong concern sedikit boleh? Tak suruh pun pergi sana, tunjuk hero bawa senapang ke apa ke, cukup kita semua titipkan doa buat mereka di Palestine. Hm. Isu Palestine ini bukanlah takat untuk di gembar-gemburkan sekarang. Kita bersungguh-sungguh update itu ini, tetapi sampai bila-bila kita perlu ambil tahu. 


Mengapa? Mengapa isu Palestin hanya bermusim? 


Ia hanya jadi bualan apabila digembar-gemburkan? Ia hanya dipedulikan apabila serangan musuh semakin mengganas? Mengapa jadi begitu? Bukankah mereka saudara kita? Mereka juga muslim seperti kita? Mereka manusia seperti kita, bukan robot yang hanya berlakon. Hidup mereka, tidak pernah sunyi dari dentuman bom api, rintihan ibu kehilangan anak, tangisan anak kematian keluarga. Tiada sesaat untuk bahagia, tiada masa untuk ketawa. Kesedihan menjadi teman. Kesusahan itulah kehidupan mereka. Mereka tidak kenal erti senang, mereka tidak tahu apa itu keseronokan. Mereka tidak mampu tersenyum gembira, tiada yang membahagiakan jiwa mereka. Mereka lapar, tidak tahu nikmat kenyang, mereka penat, tidak memahami erti nyenyak. 


Bagaimana pula kita? Jauhnya jurang perbezaan antara kita dengan mereka. Temanku, kita hidup penuh kesenangan. Kita mampu ketawa dan berseronok. Kita dapat tidur dengan nyenyak. Kita berpeluang menatap wajah ibu, kita ada masa berdamping dengan ayah, kita bahagia bersama keluarga. Apa yang kita hajati, pastinya kita akan miliki. Jika kita sakit, ada ubat, penawar kesakitan. Jika perut kita lapar, ada makanan yang dapat mengisi, malah kadang-kadang kita terlalu kenyang hingga membuatkan kita begitu lena dalam tidur kita. Bahagianya kita, senangnya hidup kita. Apa yang kurang, boleh ditambah. Ada yang rosak, boleh dibaiki. Pernahkah kita terfikir, bagaimana mereka saat kita menjamah makanan? Bagaimana mereka tika kita seronok bergelak ketawa? 

Bagaimana mereka hidup, kita senang tak berkesudahan? Adakah bersama mereka teman pembakar semangat? Adakah saudara pengubat kesedihan? Adakah minuman untuk hilangkan kehausan? Adakah makanan mereka hilangkan rasa lapar? Adakah ibu bersama anaknya? Adakah anak bersama keluarganya? Apakah mereka ada penawar kesakitan dan keperitan? Bagaimana hidup mereka sehari-hari? Mungkin kita terfikir apabila ada yang bertanya.. Mungkin kita peduli apabila mereka menjadi isu.. Mungkin kita bertanya apabila mereka jadi bualan.. Wahai teman, marilah sama-sama kita tanyakan pada hati kita, di mana rasa sedih kita tika anak Palestin merintih sayu? 

Di mana perikemanusiaan kita saat kita menonton kisah kehidupan mereka? Mengapa hati kita senyap tanpa perasaan? Mengapa tiada bicara walau hanya kalimah simpati? Mengapa kita pejamkan mata hati kita? Mengapa kita masih berdalih saat mereka perlukan bantuan? Apakah yang menjadi halangan untuk kita turut sedih saat mereka sedih? ..untuk kita rasa sengsara tika mereka kesusahan? ..untuk kita menangis saat mereka menangis? Pasti ada sesuatu terpaku di hati yang menyebabkan kita jadi begini... yang menyebabkan hati kita hilang rasa... mata kita kering dari tangisan... hati kita sunyi tanpa bicara, hanya berdalih semata-mata.. Mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia kita, hingga kita lupa dunia mereka. Mungkin lakonan dan aksi artis merupakan sesuatu yang besar di mata kita, hinggakan rakaman hidup mereka kita pandang sebagai lakonan dan aksi semata-mata. Mungkin hidup kita sunyi dari dentuman bom, rintihan dan tangisan, membuatkan kita tiada apa-apa rasa untuk dikongsi bersama.. Tiada rasa sedih untuk kita turut menangis.. Tiada rasa simpati untuk kita turut membantu.. Tiada rasa tanggungjawab untuk kita munyumbang sesuatu.. Wahai insan, mengapa kita hanya tunduk membisu? Mengapa kita kelu tanpa bicara? Di mana usaha kita untuk turut membantu mereka yang memerlukan bantuan kita? Mengapa kita hanya mendiamkan diri? Peluang beramal di depan mata untuk siapkan bekalan hari kemudian. Andai hati kita tiada rasa, kejutlah ia untuk turut rasa.. 

Andai diri kita hanya kaku, pujuklah ia untuk berbuat sesuatu.. Kita tidak mampu mengangkat senjata, tidak juga membuat bom api, angkatlah tanganmu yang lemah itu, pintalah sesuatu dari Yang Maha Kuat, iaitu kekuatan dan bantuan dariNya.. Genggamlah penamu untuk kau menyeru agar manusia memahami, membantu dan menyebarkan sesuatu.. Jadilah hamba yang pemurah dengan mengorbankan sedikit dari wang poketmu.. Moga semua itu menjadi saham di esok hari.. Hari yang pasti kita temui, hari pembalasan amal kita di dunia ini. Sanggupkah kita pulang tanpa bekalan? Mampukah kita menjawab segala persoalan, andai anak palestin bangkit mempersoalkan hak mereka sebagai muslim? Kita juga muslim, apa usaha kita untuk membantu mereka, saudara-saudara kita? Sumbanglah sesuatu agar kita tidak pulang dengan alasan tetapi berupa bekalan, ikhtiar kita membantu mereka. -Kiriman daripada Nurul Izzah.






P/S- DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN. LUPA KAH KITA?