Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah.

Assalamualaikum wbt gais. 

Sekarang pukul 4.00am, 23nov2015. Dari tadi tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin banyak fikir nak masuk semester baru. Hahahaha. Entah apa-apa alasan. Btw, korang doakan aku okay? Mudah-mudahan urusan kita Allah permudahkan hendakNya.


Malam ni tiba-tiba macam nak confess something. Sebenarnya banyak benda aku pendam. Setail aku memang jarang nak share dengan orang selagi boleh simpan sorang-sorang. Orang lain pun ada problem sendiri, takkan aku nak sibuk share problem aku dengan orang kan. Sendiri lah pandai handle. Dah besar kot :D 


Fikir punya fikir, aku nak create satu notes untuk di kongsi dengan korang semua. 

Layannnnn. Zasssss!







Mesti nak tahu apa itu redha, dan apa itu pasrah kan? Eh eh, tak sama okay. Totally lain!


Apakah yang dimaksudkan dengan redha? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 



Tahukah kita? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya. 


Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya : 


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


Takat ni faham kan untuk maksud redha? Continue.


Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 




Jadi, inilah bezanya antara maksud redha dan pasrah yang mana masih ramai orang yang confius dan taktahu. Benda ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah sudah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme.


 
 




Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita. Mengapakah begitu ? Hal ini demikian kerana setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita. 


Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. 


Wahai hati-hati, tabahlah. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Ada rancangan yang lebih baik  sudah di sediakan. Just wait and see. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup. InsyaAllah.