Sebab Allah sebaik perancang..

Lampu berwarna purple oren di atas meja dialihkan sedikit ke kanan untuk memudahkan aku menyusun buku. Nampak tak kemas pulak tetiba. Nak ubah siket positionnya. Tahun baru, 2019 aku terdengar berdas-das bunga api dibakar. Dah macam hari raya dah. (Cakap sorang-sorang dalam hati)
--
Meja tadi aku tenung. Aku taktahu nak buat apa sekarang. Nak buat thesis, malas nak menaip. Nak baca buku pun malas. Jadi duduk diam termenung. *Bosan*
Tetiba ada suara datang, "buat apa tu kakak?" lembut sapaanya. 
Terkejut kauuu. "Takda buat apa Mak, entah macam-macam fikirlah."
Sapaan seorang ibu tadi, buat aku macam nak menangis tapi masih bertahan.
Precious.
Since 2014. Its not easy to leave all things that I loved behind. Lagi-lagi bila benda tu dah jadi pada diri sendiri. Dan pernah rasa sakit macam mana.”
I don’t know, how can I be this strong. (jeritan hati)
“Its all because of Allah. His ar-rahman. He chose you kakak,” Mak bersuara. Mungkin instinct ibu itu lebih mendahului sebelum aku berkongsi kepadanya.
Bukankah pilihan Allah itu tak pernah salah? Bukankah pilihan Allah itu adalah sebaik-baik pilihan, setelah ditapis? Di tapisan manakah kau tersekat? Maka Allah pilih.
Aku tersenyum. Aku memahami apa maksud seorang ibu mahu katakan. Lembut katanya membuatkan ada air yang jatuh dari mata aku. Tangan dah rasa menggigil lalu aku memberikan pelukan padanya. 
--Hanya tangisan air mata tanpa sepatah kata.
Mak kembali menyambung, sambil mengusap rambut aku.
"Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita kakak. Percayalah cakap Mak, tiada satu yang sia-sia Allah berikan nanti. Tidak sekarang, suatu hari nanti. Hikmahnya ada. Iman dan diri kita sendiri akan cuba melawan keinginan untuk terus memilih.. betul tak? sebab akhirnya, segala yang ada dalam hidup kita nanti adalah pilihan. Diri kita sendiri yang boleh memilih kehendak yang mana. Pilihan pula, ada di tangan kita."
MashaaAllah. Aku tersentak (Benarlah, kata-kata ibu itu menenangkan)
Sebab itulah, ada bermacam cara sebenarnya Allah sampaikan untuk kita sedar tahap mana iman kita. Dia nak kita cari hikmah untuk setiap baik buruk yang Dia beri dekat kita. Dia nak kita cari hikmah kenapa Dia masih beri kita peluang untuk menggunakan kilang badan ni.
“Dah 27 tahun  hidup dekat dunia ni, rugilah kalau takda satu pun usaha aku buat untuk agama.” Aku bermonolog.
Kenapa Allah kasi kekuatan untuk kau lalui benda yang kau sendiri tak suka.
Sebab Allah ada perancanganNya yang tersendiri buat kau, dalam agama ni.