Melihat gelagat rama rama membuatkan ramai orang menjadi suka , ceria dan terpesona . Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama rama . Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga . Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak di hinggapi rama rama
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara . Kecantikan rama rama terletak pada warna dan corak sayapnya . Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya .
Warna dan corak rama rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya . Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi . Keindahan rama rama telah hilang untuk di kagumi .
Rama rama ibarat wanita . Wanita indah untuk disentuh , tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya . Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak di jaga dengan sempurna .
Begitulah wanita . Kecantikan wanita bagaikan rama rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya . Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita . Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh , dipegang oleh semua yang tertarik padanya . Biarlah kecantikan pada wanita itu di perolehi melalui jalan yang di redhai Allah .
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh Rasul Nya . Hanya dengan menuruti perintah Allah , kemuliaan , harga diri , kecantikan , dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara .
Daripada Anas , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu , berpuasa sebulan (Ramadhan) , menjaga kehormatan dan taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai . " [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah . Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya , maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana mana pintu yang di kehendakinya .