Assalamualaikum semua :)
Nadia tertarik mahu berkongsi tentang perkara ni . Bukanlah hendak di jadikan isu semasa atau memburukkan ataupun membukakan aib seseorang itu . Ini hanya sekadar peringatan untuk kita semua . Fikirlah , ada sebab kenapa Allah adakan golongan seperti ini . Tak usah kita terus mencaci , menghina mereka kenapa mereka sebegini .
Firman Allah SWT dalam surah At-Tin, ayat 4 bermaksud :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Amat benar . Kita ini sebaik-baik kejadian manusia , antaranya di bekalkan dengan akal dan pancaindera . Semuanya di anugerahkan oleh Allah Taala demi manusia untuk membina tamadun di atas muka bumi ini . Bermula dengan diri sendiri , membawa kepada pembentukan keluarga , masyarakat dan negara .
Begitulah penghargaan Allah kepada manusia , sesuai dengan tanggungjawab utamanya untuk menjadi khalifah di atas muka bumi . Kelebihan yang di berikan menggambarkan betapa manusia adalah sebaik-baik kejadian , untuk memakmurkan bumi Allah ini . Di samping berbekalkan akal , manusia menggunakannya ke jalan yang Allah redhai .
Namun , manusia lupa untuk bersyukur . Manusia mudah melakukan kerosakan . Bukan setakat merosakkan bumi , bahkan bermula dengan diri mereka sendiri . Mengubah apa yang telah Allah ciptakan dan tetapkan untuk mereka . Lebih teruk , mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri . Antaranya pada wajah mereka .
Lelaki mengubah diri menjadi wanita . Begitu juga sebaliknya . Lebih luas , pelbagai penggubahan , tanpa memikirkan mereka sedang melakukan kekufuran nikmat . Ya , mengubah apa yang telah Allah ciptakan . Pelbagai bentuk penggubahan di lakukan hanya kerana inginkan kecantikan, kelihatan hebat dan sebagainya . Wallahua'lam
Mari kita renungkan bersama . Moga bermanfaat :)