Kerana Hijab aku berubah ,



“ Awak nampak cantik bila berhijab Intan ”.
Aku hanya mampu tersenyum tatkala teringat kembali  bicara Humayra kepada  diri ini. Tetapi apakan daya sahabat yang amat ku kasihi ini sudah menghadap illahi kira kira  2 tahun yang lalu. Memori antara kami ketika di kolej masih segar dalam ingatan ku. Amat mustahil untuk di lupakan apatah lagi di hapuskan.

Terimbau kembali kisah hidupku ketika aku mula menapak di kolej tersayang “ Kolej Islam Antarabangsa ”. Girang di hati bila melihat surat tawaran yang ku terima. Di dalam hatiku berdetik “ Amboi, gahnya nama’, mesti hebat ni ! Kos  Diploma in Office Management and Secretaries  menjadi pilihan. Dengan yakinnya aku menghantar kembali surat maklum balas kepada pihak kolej. Dalam fikiranku terbayang aku berkot hitam dan di tangan memegang fail, “ MESTI HEBAT NI ”. Tetapi kita terlupa bahawasanya kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.  Tidak akan dapat aku lupakan bila aku membuka surat maklum balas dari kolej dengan memberitahu “ Dengan sukacitanya saudari telah dipilih untuk mengikuti Diploma In Islamic Studies and Contemperary Sciences. Berguguran air mataku bila membaca surat ini, harapan dan impianku hancur musnah.  Aku membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut namun atas  nasihat ibuku yang di sayang, aku tetap mengagahkan diri untuk mendaftar di kolej ini. Di fikiranku, pakai tudung labuh dengan jubah merimaskan. Aku dengan pendirian ku berselendang biasa dan baju kurung.

Bermula lah kehidupan di zaman kolej, dan bagiku aku hanya datang untuk belajar dan pulang. Kod pemakaian sebenar tidak ku hiraukan kerana beranggapan bahawa berhijab labuh merimaskan dan kolot. Aku lebih suka berselendang  dan memakai baju mengikut fesyen terkini yang langsung tidak mematuhi etika pemakaian di kolej. 

Senyuman melebar bila aku teringat ketika di semestar pertama , aku berkenalan dengan  Humayra, Seorang insan istimewa yang Allah kurniakan menjadi sahabatku.  Berhijab labuh dan suka berjubah. Dia menyapa lembut ketika kami di dalam kelas English for Islamic studies 2 dan ramah bertanya tentang diriku. Aku hanya membalas dengan senyuman hambar dan menjawab acuh tidak acuh setiap soalan yang diputarkan. “ Skemanya perempuan ni ”, hati nakal ku berbisik. Humayra suka melemparkan senyuman manis namun senyuman sinis yang aku balas tanda perasaan  menyampah dan meluat kepadanya.

Tetapi, episod pertemuan kami tidak terhenti di situ. Bahkan lama kelamaan aku dan Humayra menjadi amat rapat. Kemana sahaja pasti kami berdua dan hubungan ini bagai isi dengan kuku . Kami amat sukar di pisahkan sehinggakan ada yang memanggil kami “ Adik dan Kakak”. Seronok rasanya bila berdamping dengan Humayra.

Suatu petang selepas peperiksaan akhir subjek Introduction to Fiqh berakhir, ketika itu kami di Semestar 2. Humayra datang mendapatkan aku dan meyerahkan Risalah Al-Hidayah yang bertajuk “TUDUNG MENYUSAHKAN ATAU MENYELAMATKAN”. Mataku terkebil kebil melihat risalah ini dan Humayra tersenyum sambil berkata,” balik nanti jangan lupa baca ye, saya sayang awak Intan” Aku senyum lantas menarik tangannya ke kafetaria untuk mengisi perut yang kosong. Suapanku terhenti bila Humayra berkata, 


Rasulullah SAW bersabda: Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum melihat keadaan mereka di duniagolongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan jugakamu wanita yang berpakaian bertelanjangmenggoyangkan badan dan berlenggang-lenggokkepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang goyangMereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat di hidu dari jarak perjalanan yang begitu dan begini”. (Hadis riwayat Muslim) (Hadith no 212).  



Sebelum kaki ku melangkah pulang ke rumah, Humayra berkata," Selamat bercuti dan jaga diri baik baik ye. Saya harap dapat jumpa Intan yang baru bila Semestar 3 bermula. Aku terkedu dan dia memeluk ku erat sekali. Pelukannya aku lepaskan dan melangkah sayu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan kata kata Humayra bermain di kotak fikiran ku. Kata kata yang selama ini aku abaikan dan pandang serong.

Selepas menunaikan solat maghrib, aku berteleku di atas  hamparan sejadah memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana memberikan aku peluang untuk mendalami  mengenai islam. Aku renung kembali setiap kata-kata Humayra kepadaku dan tanpa disedari air mutiara membasahi pipi kerana kesal kerana selalu memandang remeh mengenai hijab. Tekad di dalam hati hanya satu iaitu "InsyaAllah, aku akan bertudung labuh. Semoga Allah  memudahkan keinginanku dan Selalu istiqamah".

Dengan tekad dan keredhaan Allah SWT, aku memulakan Semestar 3 dengan imej yang baru. Humayra tersenyum keriangan dan memeluk ku dengan erat kerana gembira dan terpegun dengan imej dan perwatakan aku yang berlainan. Katanya “Tiadalah lagi Minah selendang DIC kat kolej lagi”. Gurauannya aku sambut dengan tawa ceria dan memanjatkan kesyukuran dengan perubahan yang positif. Alhamdulillah hari hari ku bermula dengan baik dan aku berdoa “ Ya Allah, yang aku dambakan hanyalah syurga Firdausi mu itu dan istiqamah di dalam hatiku ”.

Intan, satu tepukan lembut singgah di bahuku. Ah, Hanim dan Nadia rupanya. Jauhnya aku mengelamun. “Jom balik, hari nak hujan ni”, pinta Nadia. Aku bangun dan memaut tangan mereka sambil melangkah ke kereta. Alhamdulillah kepadamu Ya Allah kerana memberikan hambaMu yang kerdil ini untuk berubah. Alhamdulillah.

Allah SWT telah berfirmanmafhumnya: “Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kamiberpalinglah dia dengan angkuhnyaseolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganyamaka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnyaSesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal solehmereka akan beroleh nikmat Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat”. (Surah Luqmanayat 7-8).

P/S ; Mumtaz sahabat . Copy paste untuk di kongsi bersama :)