Hati ku sudah di miliki ,

Awak.. maafkan aku jika tinta ku ini mengusik hati mu..
Banyak yang ingin ku katakan padamu.
Ketahuilah, kini hatiku sudah di miliki. Tak mampu aku meneruskan perhubungan kita, meskipun sekadar sahabat..
Mungkin diri mu tidak pernah mempedulikan diri ku ini, tapi ketahuilah,
Diri mu tidak pernah lekang daripada bibir ku untuk menitip doa kepada Allah..


Awak.. maafkan aku jika diri mu terusik dengan petah ku ini. . diri ku kini dalam tarbiyah untuk mendekatkan hati ku kepada Kekasih Hati ku.. Maafkan aku jika aku membelakangkan mu..


Awak.. kita bukan sepeti dulu lagi.. kita tidak boleh seperti dahulu lagi. . kerana aku telah berjanji kepada Kekasih Hati ku, untuk tidak membelakangkan cinta Nya. .


Awak.. aku minta maaf jika selama ini diri ku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk mu.. jika selama ini engkau tidak dapat apa yang engkau inginkan dari ku kerana aku hanya manusia biasa.
Akan ku minta kepada Kekasih Hati ku supaya menerima aku apa adanya.. kerana Kekasih ku ini  memandang  hanya agama yang ada pada ku.. insyaAllah awak.. akan aku dekatkan hati ku kepada Kekasih ku supaya hati ku terpelihara daripada kekufuran.

Awak.. ketahuilah, rahsia Allah sangat indah. . sudah dia sediakan yang terindah untuk kita, cuma terpulang pada kita menilai corak kehidupan kita, adakah atas landasan syariat islam ataupun tidak. Wallahualam.
Awak.. jangan engkau membenci diri ku jika aku menyakitimu .
Sesungguhnya aku jua manusia biasa, tak terlepas dari membuat kesalahan. Aku akui, terkadang diri ku ini merindui mu.. tapi, demi cinta dan kasih yang telah ku semaikan pada Kekasih Agung ku, aku akan menolakmu ke tepi.. hanya untuk mencari keredhaan Nya. .


Awak.. hidup ku kini di buai dengan pesan cinta daripada Kekasih baru ku ini..
Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan mu walaupun di mana kau berada.. Semua hanya kerana mungkin perasaan itu masih kuat.. Astagfirullahal'azim.. ampuni ku Kekasih ku.. Aku khilaf dengan perasaan ku sendiri.. Aku terus menerus mengikut hasutan syaitan.. Peliharalah aku wahai Kekasih ku..


Awak.. cinta yang aku sematkan hanya pada Kekasih ku kini.. Sudah lama aku menangguhkan cinta dari Nya.. kerana lunaknya aku mengikuti hasutan syaitan. .
Aku harap diri mu jua dalam landasan seperti yang aku lalui sekarang, iaitu dengan mencari cinta illahi.. Subhanallah, ku kini lebih tenang dengan CINTA baru ku ini..


Awak, aku mendoakan kejayaan mu dunia dan akhirat. Aku berdoa supaya diri mu di pertemukan dengan akhowat yang engkau idamkan selama ini. InsyaAllah.


Awak.. ingatan ku masih pada mu, sedaya upaya aku ingin membuang semua ini.. kerana aku tidak mahu terus menerus melakukan perkara yang Allah tak redha.. aku takut akan azab Nya. .


Awak, jika engkau membenci diri ku, aku redha. Kerana ini terbaik untuk kita. Allah Maha Adil, telah Dia siapkan yang terbaik untuk semua umat Nya. Ada baiknya jika kita hanya redha dengan takdir yang telah Allah tentukan. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang telah tertulis.. kerana Dia Maha Mengetahui.


Awak.. kiranya ingatan mu terhadap ku telah luput, aku bersyukur kerana itu yang aku pinta daripada Kekasih ku.. supaya aku tidak curang dengan cinta yang baru ini, yakni dengan Kekasih ku ini..
Tulusnya hati Mu dalam membuka mata ku, syukran kasiir ya Allah..
Awak.. Hati ku telah di miliki oleh Kekasih ku, yakni Kekasih kita.. Tuhan yang satu.. Allah SWT  :)