Sudah puaskah aku mengembara ?


Kembara insani, menyelusuri permusafiran qada dan qadar Illahi. . Ah, akulah insan yang sedang mengembara itu. .

Dalam menyusun gerak langkah, aku sedar adakala langkah ini tersasar dari landasan. Adakala, aku mahu berjalan laju, adakala aku jauh ketinggalan di belakang. Ada ketikanya, aku terburu-buru, mahu terus berlari, lantas tidak menghiraukan batuan batuan yang menghalang kembara insan ku, lalu jatuh tersungkur, rebah dan terluka. Gopohnya aku, mencerminkan betapa hinanya seorang hamba Tuhan, kerana untuk melangkah setapak kehadapan pun masih perlu bergantung pada kuasa Al-Akbar. .

Apalah sangat kudrat ku ini hendak di bandingkan dengan 'Azimnya Dia ?
Lemah daya, kelu, kaku, tiada apa-apa. Kosong. Kelam. Suram.

NOKTAH.

Aku kini sedang berdiri. Sesaat nanti aku mungkin duduk atau mungkin aku tertidur. Semua itu BUKAN aku yang tentukan. Tetapi Allah, sebaik-baik perancang.

Aku kini sedang menghela nafas, Mungkin sesaat nanti aku sudah kaku tidak bernyawa. Semua itu Allah yang tentukan, BUKAN aku.

..............................................( kosongnya minda )



Allahu Akbar...
Aku masih lagi mahu terus mengembara.
Aku masih mahu terus menjadi pengembara.
Bumi ini masih banyak yang ingin aku terokai.
Butir-butir hikmah yang bertaburan masih belum cukup aku miliki.
Ruang lompong kehidupan masih belum aku penuhi.
Jasad yang masih belum banyak menyumbang. .
Iman dan amal yang masih belum seimbang. .
Pada tingkah laku yang terkadang sumbang. .
Pada kata-kata yang ada ketika masih 'ter'simpang..
Pada ekor mata yang adakala masih rambang...

Allahu Akbar...
Aku masih punya segunung impian.
Jasa ku pada orang tua yang menaruh setinggi harapan. .
Istana cinta fitrah ku yang masih dalam samar bayangan. .
Juga pada impian memiliki zuriat yang beriman. .
dan pastinya pada cita-cita ku menjadi isteri solehah dan budiman. .

Allahu Akbar. .
Aku sedang mengembara
Dan akulah pengembara
Dan aku masih mahu terus mengembara
Sehingga sampai satu detik masa
Aku ditakdirkan berhenti
Aku akur
dan. . saat itu, moga aku sudah puas mengembara. .