Apa beza antara Puteri Dongeng dengan Muslimah kita?

Jika kita perasan, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Aisyah Humaira nama mereka kurang di sebut di bibir kanak-kanak terutamanya perempuan. Sebaliknya mereka lebih banyak menyebut nama-nama puteri dalam cerita dongeng bah kan berangan-angan untuk memiliki kecantikan mereka dan sifat-sifat mereka. Happily ever after yang di angankan yang bermula dari kehidupan kelas biasa kemudian datang keajaiban dan akhirnya mereka dapat kebahagiaan di penghujung cerita.


Tahukah kita bahawa wanita-wanita zaman sahabat, Tabi’, Tabii’in juga mempunyai kelebihan-kelebihan seperti itu bah kan lebih lagi. Bukan dari segi kecantikan atau akhirnya berjumpa putera raja kerana anda sendiri tahu bahawa perjuangan Muslimah sejati itu bukan pada kehidupannya semata. Dia bukan memperjuangkan bahagianya, tetapi bahagia Islam seluruhnya.


Sebelum merapu lebih panjang,
mari kita berkenalan dengan watak-watak utama dalam entry ni.
Tak kenal maka tak cinta bukan ? =)



BIODATA RINGKAS


Nama : Cinderella
Character : Seorang orangg gaji yang di tindas akhirnya berkahwin dengan anak raja
Keistimewaan : Bajunya boleh bertukar jadi cantik dan
labu tanamannya boleh bertukar menjadi kereta
Hobi : Suka berangan nak berkahwin dengan anak raja
Percintaan : Akhirnya dapat juga merasa berkahwin dengan anak raja



Nama : Snow White
Character: Lari dari rumah dan berjumpa dengan tujuh orang kerdil
Keistimewaan: Bila dia menyanyi semua haiwan seperti tupai,
burung dan mentarang pergi ke tempat dia
Hobi : Suka bercakap dengan orang asing sesuka hati dan suka makan epal beracun :D
Percintaan : Akhirnya ada prince yang kejutkan dia masa dia dalam keranda kaca



Nama : Sleeping beauty
Character: Dia tidur sebab di sumpah
Keistimewaan : Oleh sebab dia seorang, satu istana pun dapat tidur juga =)
Hobi : Suka tidur tidur dan tidur :D
Percintaan : Akhirnya dia terjaga dari tidur sebab putera raja.



Nama : Rapunzel
Character: Berambut cantik yang sangat panjang
Keistimewaan:  TAK perlu bina tangga bila dah ada rambut dia.
Hobi : seSUKA hati saja bagi orang tarik-tarik rambut dia :D
Percintaan : Akhirnya ada seorang lelaki yang selamatkan dia
dari terus menjadi mangsa mereka yang TAK bertangga.



MARI KITA BERMUHASABAH SEBENTAR. .

Sayang-sayang Cinderella sayang . .
Anda mempunyai sifat ketabahan walau di herdik,
Impian dan cita-cita yang tinggi
Bahkan bila terus di hina anda masih mampu bersabar
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya
Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau
Di sinisi oleh masyarakat sekitarnya
Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia,
Kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Illahi
Kerana sampai bila bila pun baginya kepahitan itu tetap indah
biar di hina di caci di herdik
Dan bila bila pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini
Walau tiada pengakhiran indah
Kerana Allah segalanya sempurna


Sayang-sayang Snow White sayang . .
Anda memang mempunyai hati yang baik,
Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain,
Bahkan semua di sekeliling anda sayangkan anda,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami lebih mulia hatinya
Muslimah kami juga cintakan ukhwah,
Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan
Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya,
Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya
Dan berwaspada tentang maruah dirinya.
Kerana ketahuilah,
Takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Muhrimnya.


Sayang-sayang Sleeping beauty sayang . .
Anda memang seorang yang di sayangi
Semua orang menyayangi anda, malahan anda di kurniakan kecantikan, dan hampir segalanya
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya,
Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya
Bahkan seusai lelap malamnya,
Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan
Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam
Tidak perlu Muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki
Untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan
Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah !


Sayang-sayang Rapunzel sayang . .
Anda memang di kurniakan mahkota diri yang indah
Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami itu indah kerana hijabnya,
Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya
Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu,
Kerana Mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami
Bukan di tatap percuma oleh lelaki lelaki asing.
Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri
Dari kecantikkannya di nikmati oleh sang kumbang yang memerhati
Tersembunyi, terpelihara, dan sukar di sentuh dan di miliki
Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup
Untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri
Di sanalah indahnya Muslimah kami !



Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan hiburan semata tanpa bermuhasabah diri. Kita lebih mengambil Character-character dari Barat sebagai contoh Dan berangan-angan tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik. Sehingga character-character ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak-kanak Islam hari ini. Ketahuilah bahawa, islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik.

Kita lebih tahu tentang character Disney princess yang dongeng belaka dari menyedari Muslimah kita adalah watak terindah yang benar-benar wujud !

SEKARANG MANA SATU CHARACTER PUTERI PILIHAN ANDA ? (^_^)