KERANA DIA SEORANG IBU
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu
bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil
tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat
kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia
bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya
dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu
merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,
sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Pulang
dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang
kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia
ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si
ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si
anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak
itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,”
kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.
Setahun berlalu. . .
“Anakku, kita akan
menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang
penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan
berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak
serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang
kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.
Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang
diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin
tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata
si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara
ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan
tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari
yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu
tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga
anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap
cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
temui. Tak percaya tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku.
P/s:
Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti
ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau
ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari
nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu
akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja
untuknya selagi ada masa.- credit to http://khalifah1412h.blogspot.com :')