Andai nikahmu di reject. .

 Assalamualaikum sahabat nadia semua :) 

Kabare? Uih, masuk masuk blog je terus terbersin. Acuumm! Berhabuk betul dah blog ni. Nampak sangat tuan nya pemalas -.-  Masuk masuk je terus ada idea nak share benda ni. Bukan apa, kat kolej aku sekarang dah jadi macam influence 'Kahwin Muda'. Eh eh, aku tak boikot lah. Ofcourselah kan, aku pun nak macam mereka juga yang merasa kahwin muda ni. Hehe Opss, terlebih sudah! Dah, merepek. Baca lah apa yang aku nak update ni.


Nikah, Nikah dan Nikah, itulah persoalan yang sering bermain di fikiran mahasiswa tahun akhir, malah remaja di bangku persekolahan lagi sudah mula memasang impian untuk  membina rumah tangga, Benarkah begitu?


Tidak di nafikan lagi pernikahan mendapat "rating" yang tertinggi dalam soal masa depan seseorang, pernikahan juga adalah pengubat hati bagi mereka yang inginkan kebahagiaan dalam melayari arus kehidupan yang mendatang,  malah ia sudah menjadi fenomena buat pasangan bercinta untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Indah , bahagia dan penuh mengasyikkan bila berbicara soal ini, itulah aura penikahan.

Namun, sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab sebelum kata-kata penuh keramat di lafazkan ?

"Aku terima nikahnya"


Sejurus terungkap kalimah penuh bermakna tersebut maka dengan sekelip mata sahaja seorang kekasih yang didambakan menjadi sah untuk dikongsi segala-galanya . Jangan hanya difikir keseronokkan apabila bunga telah ditawan si kumbang, sebaliknya si lelaki perlu lebih bersedia dalam memikul setiap hak dan kebajikan isteri. Tidak usah terlalu memikirkan pakaian pengantin yang ingin disarungkan di hari penikahan, tidak perlu rungsing memikirkan tempat untuk berbulan madu apatah lagi terlalu menyempitkan fikiran dengan perkara remeh temeh lain, sebaliknya bagi si suami apakah sudah bersiap sedia untuk memikul dosa si isteri yang menjadi antara saham utama untuk dipersoalkan di akhirat kelak?


"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan ( isteri) , kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)  atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya" ( An-Nisa: 34)


Dewasa ini, terlalu banyak rumah tangga yang di bina berakhir dengan penceraian. Walaupun masing-masing telah diikat dengan ikatan yang sah tetapi si isteri dibiarkan hidup tanpa bimbingan agama. Suami pula langsung tidak  mengambil peduli tangungjawab sebagai seorang pemimpin keluarga, sebaliknya hanya membiarkan keluarga dibebani dengan masalah demi masalah yang akhirnya tidak menemui jalan penyelesaian.



ROMANTIK DI USIA MUDA


Gelojak jiwa yang bergelora dek angkara menahan nafsu yang meronta-ronta sudah pasti membuatkan akal sudah tidak dapat membezakan yang manakah harus diutamakan. Apakah benar rasa seumpama ini perlu disudahi dengan pernikahan? Ataupun menghabiskan dahulu sisa-sisa semester yang masih berpanjangan?


Situasi ini sudah menjadi lumrah buat mereka yang sudah "lulus" dengan ujian yang diberikan , malah ada yang terkandas dengan "kekeliruan", sekaligus membuatkan persepsi "penikahan" itu dipandang dengan penuh tanggapan buruk.

" Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah"
(Riwayat suyuti)


Jika sudah saling mencintai di alam universiti tiada salahnya untuk kedua-duanya melangsungkan akad nikah bagi mengelakkan dari berlakunya fitnah. Persepsi bahawa pernikahan di usia muda hanya membawa kepada kebinasaan perlu dilontar jauh-jauh. Jika si lelaki sudah berkemampuan manakala si wanita pula telah menyatakan kesanggupan, ia merupakan satu bonus untuk pasangan itu melayari rumah tangga di usia muda.


BENARKAH SUDAH BERSEDIA ?


"Sudah 6 bulan kita mengenali hati budi masing-masing, boleh kita tamatkan dengan sebuah ikatan'? ujar si akhi
"Emm. mengapa terlalu awal? Rasanya elok kita betul-betul kenal antara satu sama lain" balas si ukhti.

Saban hari, sudah ramai yang terjebak dalam alam percintaan yang datang tanpa mengundang.
Begitupun, masih ada yang sedar bertapa sebuah hubungan yang berpanjangan tanpa ikatan bakal mengundang padah. Membiarkan perasaan syahwat berleluasa dalam hati hanya "melincinkan"  tugasan si syaitan yang menakluk hati yang asalnya diciptakan untuk melebihkan Allah dari segala-galanya.


Tetapi sayang, langit tidak selalunya cerah kadang-kala mendungnya terus berpanjangan, ditambah pula dengan hujan lebat dari langit yang disertai kegelapan, petir dan kilat hanya membuatkan sesebuah hubungan itu terlalu sukar untuk diteruskan. Harapan untuk mengakhiri sesebuah ikatan dengan sekurang-kurangnya dengan tali pertungan ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan.


Saat itu, jalan keluar ibarat sudah tertutup. Harapan yang bakal membawa kepada kebahagiaan hanya mengundang rasa kekecewaan dan kesedihan. Akhirnya kita dapat melihat bertapa mudah jiwa anak muda islam hancur hanya kerana bahana cinta!

Siapa sebenarnya yang tidak bersedia dalam hal ini? Jawapanya mudah. Sekiranya belum bersedia mengapa berani melafazkan cinta? Mengapa juga berani "menerima" cinta? akibatnya ramailah yang tidak berjaya mengakhiri hubungan dengan ikatan sekaligus membuatkan hati dihimpit dengan tekanan, jiwa terus di bunuh rasa sesal yang berpanjangan sekaligus merosakkan hati yang perlu  segera di berikan rawatan.





HAKIKAT SEBENAR KEBAHAGIAAN


Kisah Yang dikongsi oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dalam bukunya iaitu "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" benar-benar meninggalkan kesan kepada pembaca. Buku yang Mengisahkan bagaimana cinta yang diperhalusi dengan batas-batas syariat dari awal perkenalan hingga di hari pernikahan benar-benar mewujudkan rasa kerdil dalam diri. Itu mungkin kata-kata pembaca yang masih selamat dari jerangkap cinta. Namun, bagaimanakah nasib mereka di luar sana yang tanpa diduga dihimpit dengan fitnah cinta? Niat pada awal perkenalan ingin menjadikan si dia sebagai pasangan hidup tetapi sebaliknya berlaku. Masih adakah ikhtiar untuk keluar dari situasi sedemikian?

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
( Surah Az-Zumar : 10)

Resipi menuju kebahagian itu konsepnya sama dengan mujahadah dalam perjuangan. Tatkala hidup inginkan keredhaan semakin itulah diri kuat diduga. Semua itu adalah kerana Allah ingin mematangkan kita dengan setiap dugaan tadi. Dakwah nabi dan para sahabat juga penuh dengan ranjau yang berduri. Bersusah payah demi islam tercinta sehingga sanggup mengorbankan nyawa di medan perang antara ujian untuk para kekasih Allah.

Mereka tahu islam akan bertapak di dunia dengan penuh gemilang, meraka yakin kemenangan telah dijanjikan dalam al-quran tetapi masih kuat berusaha untuk menempuh setiap ujian yang di berikan. Semuanya hanya kerana mereka yakin dengan satu perkara. Yakin bahawa resipi untuk bertemu kemenangan dan kebahagian hanya dengan menyusuri kesukaran pada mulanya.

Jangan sesekali berasa kecewa apabila ianya tidak berakhir dengan keinginan hati. Sebaliknya bangunlah dari terus dihimpit dengan kesesalan yang sia-sia. Terimalah setiap takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan demi mencapai "status" hubungan yang diredhai Syarak. Musyawarah diantara kedua-dua belah pihak amat digalakkan bagi mengelakkan rasa kurang senang dan sifat dendam. Sebaik-baiknya Musyawarah dilakukan dengan pembabitan orang tua kedua-dua belah pihak. Lebih manis dan barakah, sudah pasti dihiasi dengan rahmat dari Allah.


Buat mereka yang masih di landa dengan rasa keliru  hayatilah firman Allah di bawah ini semoga ianya bakal mengubat hati yang resah menjadi hati yang tenang lagi di redhai.


"Telah hampir datangnya janji yang telah di tetapkan oleh Allah maka janganlah kamu meminta ia di segerakan"  
( Surah An-Nahl : 1)

Hakikat diuji dengan dugaan sememangnya menyakitkan, Ianya menyakitkan buat jiwa yang tidak mengerti erti syukur. Allah menguji tanda sayang, tanda kita dalam perhatian, Jadi andai kemahuan kita tidak di tunaikan tidak semestinya doa tidak di makbulkan. Sebaliknya mungkin kita terlalu tergesa-gesa dalam mencapai impian, sedangkan diri masih belum terkial-kial untuk mengharungi langkah seterusnya tanpa sebarang persediaan. Wallahua'lam.