Sahabat-sahabat Nadia semua ^^
Assalamualaikum. . Long time no see lah. Biaselah , asbab macam biase , busy. Hehe :p
Sebelum tu , Salam Ramadhan Kareem untuk korang semua ^^ . Taklah lambat sangat kan. so Nadia ada siket perkongsian untuk korang semua. # Tiap kali post , ada je benda nak di share. Hee~ semoga semua ' berhibur ' di medan yang bahagia ni , inshaallah :')
Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah. Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada
buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang
menonjol dalam dunia tarbiyyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah
kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah
sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni,
kerana ia sudah terlalu banyak di bicarakan di internet.
Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Saya
pernah terbaca dalam satu artikel bahawa " Orang Malaysia memang suka
buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib di tinggalkan ". Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata
kita.
Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun
solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah
untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah
beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak di tunaikan. Niat sebenar ?
Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian.
Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.
Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil.
Ramadan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya
menyambut Ramadan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one)
dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadan, kenapa masih
ada orang yang buat jahat ? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah
lagi ponteng puasa ?
Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang
dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun
daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa
adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga
semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan.
Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri
nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk
syurga yang hakiki.
Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan
menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar
berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada
istiqamah selepas Ramadan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar
orang menyebut 'Ramadhan Kareem ', kita digalakkan menjawab dengan
' Allahu Akram '. Maksudnya, ' Ramadhan yang mulia, Allah lebih mulia '. Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah
(yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba
Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)" Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab
RA berkata: " Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya
segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana
Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang
siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita
yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang di tuju." (Hadith
riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan
minum, budak darjah satu pun mampu buat! Kita tak nak ibadah puasa kita
sia-sia. Rasulullah SAW bersabda, " Ramai yang berpuasa tidak mendapat
ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat
an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai
ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa.
Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda
yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang
sia-sia mampu membatalkan puasa anda.
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk
sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi
Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Hadis
Riwayat Bukhari)
Pengakuan jujur, saya sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam
ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk di terapkan. Tapi apa
salahnya mula sekarang ? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah
esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin
kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk di perbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut
ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan
datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila
dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat
kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan
tahu rasa. Nak rasa ? Cubalah sendiri.
Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan
sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana
Ramadhan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang
dengan diri sendiri.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: " Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari
dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada
kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
lamanya." (Riwayat Hadis Bukhari dan Muslim)
Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah.