* Keningkening untuk awok awokk semua. Assalamualaikum :)
Alahaii, berhabuknya blog ni. Sebenarnya, mood sangat malas nak update blog. Mentang mentang dah ada twitter, tu yang sibuk part time di sana. Hee Peace yaw. Moga sahabat sahabat semua molek molek, inshaAllah. Sentiasa bawah rahmatNya. Nadia sekarang, tengah jadi mata mata untuk Malaysia ni. Ececeh, kata belia. So ada hak untuk bersuara kan. Pedulik apa. Tapi tak bermakna berpolitik. Ulang balik, TAK berpolitik bagai. Baru umur 20 tahun. Belum masa lagi. Hihi Korang perasan tak ke buat bodoh je, Astagfirullah , zaman sekarang ni, macam macam dah berlaku depan mata ni. Terutamanya, Islam di tindas! Agak agak korang sentap tak bila agama kita sendiri di perlakukan macam ni? Tolonglahh, bangunn. Buka mata siket pun jadi lah. Cuba kita fikir sekejap..
>ADILKAH BAGI MUSLIM JIKA..
Terbitnya kenyataan akhbar. Fakta yang di tulis oleh individu itu di percayai, di gempar gempurkan dan di sebarkan bulat-bulat.
TETAPI..
Al Quran yang di wahyukan Allah itu di persoalkan firmannya. Di bakar. Malah di hina.
Seorang Yahudi yang memelihara janggut dan jambangnya akan di anggap patuh mengamalkan ajaran agama mereka.
TETAPI..
Seorang
wanita di barat khususnya yang menjadi suri rumah sepanjang masa untuk
menjaga anak anak nya dan menguruskan keluarganya setiap masa di anggap
sebagai ibu mithali dan di sayangi masyarakat.
TETAPI..
Jika
seorang wanita Islam yang melakukan perkara yang sama yang berniat
untuk menjaga hal ehwal keluarganya,Islam yang di tuduh menindas dan
mengongkong mereka!
Pelajar
kampus boleh memakai fesyen yang di sukainya untuk pergi ke kolej tanpa
menghiraukan fesyen itu menjolok mata atau tidak *Di barat
khususnya*. Pentadbiran universiti pasti akan membenarkannya kerana hak
setiap individu yang bebas berpakaian mengikut citarasa mereka.
TETAPI..
Jika
seorang wanita Islam datang ke kampus dengan mengamalkan garisan syarak
agama untuk pemakaiannya. Dia akan di 'banned' daripada terus mengikuti
pengajian hanya kerana mempraktikkan pemakaian Islam yang dituntut dan
di anggap berimej ekstremis!
Seseorang
dari agama lain membunuh. Menghancurkan negara lain , mahupun menindas
mereka , agama anutan mereka tidak di pertikaikan mahupun di persalahkan.
TETAPI..
Jika seorang Islam yang membuat jenayah atau kesalahan..''ISLAM lah yang salah! ISLAM yang membuat jenayah!''
Seorang watak hero yang berjuang untuk menyelamatkan orang lain, dia akan di hormati dan di julang habis habisan.
TETAPI..
Jika
seorang warga Palestin yang bertaruh nyawa untuk menyelamatkan
keluarganya dan anak anaknya yang masih kecil, isteri dan anaknya
di perkosa. Rumahnya di ranapkan. masjidnya di rempuh jentera dan
sekaligus dia di gelar pengganas dan terrorist!
Sebarkan
mesej ini kepada sesiapa sahaja untuk menyanggah diskriminasi terhadap
umat Islam. Ayuh, bangkitlah semua. Sanggupkah anda untuk terus berpeluk
tubuh, melihat dan berdiam diri sahaja?
PILIHAN DI TANGAN ANDA.