Tarbiyyah? Apakah? Pelik?

Awokk awokk yang sedang stalk belog orang tu, assalamualaikum :)


Alaa, nadia pun selalu stalk. Tulah, takda keje kita cari keje. Ada manfaat apa buat keje ni, dapat input tanpa kita sedar. Ada yang terasa tu, hamikkk. Take it untuk di jadikan muhasabah diri kita yang selalu hanyut macam air tu. Eh, semua orang penah hanyut, deras pun ada. Tetapi jangan jadikan penghalang untuk kita teruskan jadi lebih baik. Salah satu, yang banyak bantu nadia, adalah tarbiyyah. Apakah ? == Pelik eh ? Relax ah. Dah rasa kek tarbiyyah ni, superb, ohsem. Tak payah cakap ah nikmat dia. Tapi apakah ? Kan :D

Ramai orang selalu sebut tarbiyyah, tarbiyyah, dan tarbiyyah. Tarbiyyah hebat, da'wah gempak. Giatkan da'wah, mantapkan tarbiyyah. Bla... Bla.. Bla... Namun, sejauh mana kita rasa tarbiyyah dalam hidup kita ? Setinggi mana kayu ukur tarbiyyah kita ? Tertanya kan ? Ada tu masih terkapai kapai lagi. Cool dulu.


Kekadang, kita tak sedar, tarbiyyah itu datang dari sekeliling kita sahaja. Bahkan, tarbiyyah yang paling besar datang daripada Allah. Boleh jadi perkara yang kita tak suka lebih baik untuk kita dan boleh jadi perkara yang kita suka buruk bagi kita. Cer awok awok check dalam Al Quran, Surah Al Baqarah: Ayat 216. Kat situ ada jawapan. Jangan malas (^_^)V Hehe



Allah! Cantiknya susunan Allah. Tapi, bukan senang nak di tarbiyyah dan mentarbiyyah. Jalan tarbiyyah seiring dengan jalan da'wah, penuh onak duri dan liku-liku kehidupan.  Eceh. Ingat penuh dengan kebunga bungaan yang di tabur ke ? Perasan lah tu :p Tak semua orang pada hari ini teguh dengan tarbiyyah. Dalam saat dunia kian canggih, semua pakat-pakat nak maju. Tapi apalah makna sebuah tamadun yang hebat tanpa tarbiyyah dalam diri.



Nadia bukanlah layak hendak mengulas panjang tentang tarbiyyah semua ni. Diri ini juga masih kangan dengan untaian-untian tarbiyyah daripada insan lain kerana saat kita menerima tarbiyyah daripada manusia dan secara langsung daripada Allah, kita perlu memberi tarbiyyah kepada orang lain juga. Mereka seperti kita. Ingin di hangatkan hati-hati lesu dengan tarbiyyah.



Nak tarbiyyah kena susah. Mujahadah nafsu. Nak buat benda yang tak berfaedah, kena fikir berkali-kali. Berbelanja wang ringgit, adakah keperluan atau kehendak ? Ibadah, sudah sempurnakah ? Habluminannaas, amanah yang di pikul. Allah terasa banyaknya taklifat kita pada Allah dan sekalian makhluk-Nya. Penat, lemah, malas. Itu semua perlu di nyahkan dari hidup. Buang jauh jauh !





Nabi SAW menjadi anak yatim dalam usia yang cukup muda. Dalam rentetan kehidupan baginda lebih lebih lagi dalam fatrah baginda untuk memulakan gerakan da'wah menyebarkan kalimah syahadah, seorang demi seorang insan penting dalam hidup baginda di ambil Allah. Kenapa ? Supaya baginda SAW bergantung sepenuh-penuhnya kepada Allah s.w.t. Direct tarbiyyah daripada Allah.



Allah.. Allah. Kita bagaimana ? Baru sedikit di uji, sudah melatah, baru sedikit di duga, beremosi tak tentu pasal. Andailah baginda Nabi SAW mengeluh, letih, putus asa, rehat memanjang, tidak sabar.. adakah cahaya Islam dan nikmat Iman itu akan sampai ke pelusuk alam sebagai rahmatan lil 'alamin? Tidak ! Susah !



Rasai lah bahawa tarbiyyah itu hadir daripada Allah. Sama ada secara langusng atau berwasilahkan makhluk-Nya. Allah.. nak tarbiyyah untuk mendidik jiwa, rohani, dan fizikal bukan mudah. Nggak gampang sih ! Perlu istiqamah, mujahadah, sokongan insan lain dengan usrah dan segala lapangan yang menyuntik iman. Bukan mudah. sungguh! Tak tipuu ! Tapi tak mustahil untuk menggapainya. Percayalah ! :)



Moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa rindukan tarbiyyah, golongan yang berada di atas jalan tarbiyyah dan golongan yang terpilih mendapat tarbiyyah Allah. InshaAllah. Moga Allah redha  kita semua :)