Kalau cinta apa buktinya ?



Bila kita cintakan seseorang, tentunya hati kita akan tertumpu pada dia. Semua benda kita akan berkorban untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kita berkorban untuk yang di cintai. Perkara yang kita tidak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab ? sebab kita cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir.

@ cepat-cepat menyahut panggilan-Nya 

Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call kan ? nampak je nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. Jadi macam mana tentang attitude dengan DIA ? Cepat-cepat juga ke nak pergi solat bila dah dengar azan ? Bersungguh-sungguh ke kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat ? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola ?



@ Memberikan perhatian and focus terhadap kata-kataNya

Kalau kita benar-benar cinta kepada Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music. Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest je life. Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. I lap you I miss you. Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. 

Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. Macam kita nak hadapi exam SPM, punyalah gila-gila study, gila-gila ni tak tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab tengah gila punya study, takbest betul bila masa nak berusaha study, takbest sebab tak dapat nak main game macam orang lain, takbest tak dapat online pesbuk ngan belog hari-hari. Takbest takbest je kan ? In the end, masa nak dapat result tu, bila kita dapat result best, surely apa yang takbest masa kita rasa waktu kita penat lelah berusaha, dah pun terbayar.



Tengok ? Sama juga dalam situasi ni. Kita hanya nak hidup kita tak ada susah payah, bila dapat ujian takbest bagi pandangan kita terus kita kata macam-macam tanpa kita sedar sebenarnya di penghujungnya ada sesuatu yang best ! =) Berhusnu Zhan lah pada Allah.

@ Sentiasa suka memandang ciptaan Allah

Kita suka sangat tengok panorama indah. Air terjun yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. Maka, sangat kasihanlah kalau kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ini indah, sebab itu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia di ciptakan untuk kita. Yeap , tapi untuk apa ? Sebab untuk beribadah kepada Dia. 

Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariat: 56)

Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji ? Tak. Sebenarnya, semua benda yang kita buat dekat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously ? Yeap. Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macam facebook dan berblogging. Tapi jangan pula nak buat jahat sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh

@ Suka berdating dengan Allah

Hujung minggu saja mesti dating, cuti sem saja harus jumpa. Mestilah sebab kita rinduu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kita cinta. Pakai sehabis baik bila kita nak bertemu dengan orang yang kita sayang. Pastu, kita pun mesti suka juga bila nak ‘ dating ’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa improve kan bacaan dalam solat, maksudnya, fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kita 5 kali sehari oh tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kita, tak lupa nak bagi kita rezeki, tak lupa bagi kita kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kita nyawa habislah. 

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. (al-Ankabut:5)

@ Rindu dan ingat kepada Nya selalu

iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
(surah ar-Ra’d:28)

Mengingatinya hanya membuatkan kita benar-benar tenang. Masih Tak percaya ? 
 
beware dengan jenis ni, kalau dia benar benar cinta, cinta pada Allah dulu adalah keutamaan Dia ^_^

@ Banyak menyebut nama-Nya

Alhamdulillah, kejayaan ni pun sebab Allah yang izinkan. Subhanallah, cantiknya pemandangan ! Semua benda yang kita buat, tak jemu-jemu kita sebut nama DIA. Seumpama DIA lah yang paling kita cinta. And satu lagi, banyakkan berzikir kepada DIA memuji nama-Nya, asma’ (nama-nama) Allah yang begitu indah sekali.

@ Bersabar dengan ujian-Nya

Satu benda yang kita paling senang cakap and susah nak buat. Sabar. Tapi orang yang rasa macam dah give up je.

@ Mencintai SEMUA yang berkaitan dengan Allah

Jika kita jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kita berusaha untuk suka. Orang kata, bila kita berkahwin dengan seseorang, bermakna kita berkahwin juga dengan family dia. Cuba nak sayang family dia macam family kita, cuba nak suka apa yang dia suka.

Okay, contohnya kita rindu untuk bertemu Allah. Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. So, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kita tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 je. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu je, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah. Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana.

@ Cemburu

Ini bukan cemburu buta. Cemburu yang ni bersifat positif. Bila kita tengok someone tu gigih dalam ibadahnya sentiasa nak perbaiki kualiti imannya, kita akan jadi cemburu. Dan cemburu tu mendorong kita untuk turut berusaha macam dia juga. Yang ni lah cemburu yang positif. Bukan cemburu main tarik-tarik rambut tu. Hehe

@ Berusaha keras meraih redha-Nya

Kualiti iman. Ukur sejauh mana kita mencintai Dia. Macam mana kita nak tahu kita betul-betul sayangkan Allah ? Yelah, kita ni asyik cakap kita sayang Allah, kita cintakan Allahtapi sejauh mana ukuran cinta kita kepadaNya eh ?

1) Meletakkan cinta Allah di tempat paling atas

Kita tak akan sibuk dengan cinta-cinta yang melalaikan, even couple pun kita tak nak sebab couple ni macam mengganggu hubungan dengan Allah. Yelah, mana lagi masa nak rindukan Allah bila kita nak rindukan si dia lagi, mana kita nak buat solat dhuha bila kita lagi suka morning call dia lagi. Hubungan dengan Allah akan terganggu. Seolah-olah priority kita dekat dia bukan DIA.


3) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti ibadah dan iman

Maksud, solat bukan semata-mata solat. Buat ala kadar je. Solat dengan lalai. Sebab tu Allah kata ;

Maka, celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya (al-Maun:4-5)

Orang yang solat pun kena ? Kenapa ? Sebab fiil (perbuatan) kita je solat tapi hati tak solat. Fiil kita je sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu even solat 5 waktu pun lah kan, kalau hati kita tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa maksudnya dia, tetap juga buat maksiat. Tetap juga buat salah. 



Teguran buat diri saya TERUTAMANYA yang selalu leka dan alpa. Jadi kalau korang tanya cinta tu apa kat saya ? Yes, i will define this. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada buayafriend.

Banyak benda yang kita utamakan lebih dari kita utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kita. Banyak benda yang kita buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kita. Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaan-Nya. Banyak masa untuk kita bertaubat and jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah pun tak guna.


SENTAP HABIS TAK BILA BACA ENTRY NI ?
KALAU YA , ANDA MEMANG SAYANGKAN ALLAH :)